Sembah Tahniah dari patik hamba rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas pertabalan sebagai Yang Dipertuan Agong. Sudah semestinya taat dan sumpah setia patik lafazkan buat junjungan Tuanku. Takkan berbelah bagi kasih patik dan sekalian hamba rakyat terhadap baginda Tuanku. Daulat tuanku.
Inilah kelebihan kita rakyat Malaysia dengan pelbagai kaum dan agama. Memiliki seorang pemerintah tertinggi negara merupakan suatu keistimewaan kita semua selaku rakyat Malaysia. Dibandingkan dengan negara demokrasi republik yang lain, hampir kesemuanya telah tiada raja yang memerintah.
Bahkan jika ada pun, tiadalah kuasa pemerintahan mereka keatas tanah air sendiri. Parang Pedang amat bersyukur kerana mempunyai Raja yang mentadbir Malaysia. Lihat sahaja rakyatnya yang aman sentosa sudah membuktikan pemerintahan yang adil lagi saksama.
Adakah keadilah ini mendapat penghargaan dari pihak Pembangkang? Sudah tentu tidak, kerana pembangkang telah mengajar pengikutnya agar memperlekehkan pemerintahan Raja dengan alasan baginda juga adalah manusia.
Pernah suatu ketika Parang Pedang terpaksa melepaskan penumbuk sulung kepada seorang penyokong pembangkang yang bermulut bacul apabila dia memandang rendah pada kuasa raja. Sememangnya tidak dapat disedari bilakah penumbuk itu dilepaskan kerana berang dengan kenyataan sedemikian. Pada pendapat Parang Pedang itu nasiblah sebab berani cakap berani tanggung. Entah apa nasib pada giginya.
Agak tersasar sedikit dari tajuk asal kali ini, tetapi itulah hakikatnya akan kasih Parang Pedang terhadap Raja-raja Melayu. Apa pun, sebagai Rakyat Malaysia yang bernaung dibawah pemerintahan Sultan seharusnya menzahirkan taat setia terhadap Baginda.
Akhir kata daripada Parang Pedang, Sembah Tahniah dari patik. Daulat Tuanku.
No comments:
Post a Comment