Isu ini telah lama dipersoalkan oleh beberapa pihak kerana melihat pada pro dan kontra, pelbagai soalan ditimbulkan bahkan ada yang membantah pembinaannya.
Hyper market bukanlah seperti super market atau dikenali dengan pasaraya kerana hyper market lebih besar dan skop perniagaannya merangkumi seluruh perniagaan kecil. Dibawah komuniti hypermarket, pembeli tidak perlu berjalan jauh dan pergi ke pelbagai tempat kerana di Hyper market segalanya ada.
Hypermarket pada awal cadangan pembinaannya menerima banyak tentangan daripada peniaga kecil terutamanya peniaga pasar basah dan pasar tani kerana kesannya hasil jualan mereka akan berkurangan ekoran persaingan paling sengit dengan hypermarket.
Kini kita lihat hypermarket tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di Ipoh sahaja tidak kurang dari 8 Hypermarket dibina dalam beberapa kawasan. Dilihat secara positif, sememangnya ia memudahkan orang ramai untuk berbelanja disamping membantu golongan petani menjual hasil tanaman mereka. Akan tetapi bagaimana pula dengan nasib golongan peniaga kecil? Seperti yang baru dilihat di sebuah pasar tani, golongan ini perlukan saingan yang kurang bagi membantu mereka mencari sesuap nasi untuk keluarga.
Perbezaan ketara dari sudut harga jualan antara peniaga kecil dengan Hypermarket boleh dilihat kerana pihak Hyper Market boleh mendapatkan bahan bekalan dengan harga murah menerusi pembelian pukal, sedang peniaga kecil pula tidak mampu berbuat demikian. Ini menyebabkan harga jualan mereka lebih tinggi daripada harga jualan di Hyper Market.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi membela nasib peniaga kecil menerusi kerjasama beberapa agensi melalui ekspo atau program khas. Adalah dicadangkan bahawa pemantauan bagi mewujudkan HyperMarket perlu dilakukan bagi memastikan nasib golongan peniaga kecil sentiasa terpelihara.
No comments:
Post a Comment