Sangat memeranjatkan Parang Pedang tetapi bagi yang mengetahuinya mungkin merasakan ia suatu kebiasaan. Beberapa detik Parang Pedang menghilang bukanlah menyembunyikan diri, tetapi mencari suatu perkara yang sepatutnya didedahkan. Pertemuan golongan songsang (gay dan lesbian) untuk mendapatkan suatu jawapan yang pasti telah menghasilkan beberapa teori kemenangan DSAI dalam Pilihanraya nanti.
Ini bukanlah rekaan Parang Pedang kerana pertemuan dengan golongan ini secara bersemuka semata-mata untuk menanyakan pendapat mereka berkenaan isu politik dalam negara. Apa yang dikatakan disini bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa atau memperlekehkan mana-mana pihak.
Menerusi seorang daripada golongan tersebut yang lebih dikenali dengan nama Sam (bukan nama sebenar), beliau berpendapat bahawa DSAI adalah seorang insan yang memperjuangkan hak golongan seperti mereka. Disamping itu juga katanya dibawah pentadbiran BN, keistimewaan golongan songsang ini diketepikan. Kedatangan beliau ke dalam dunia politik membawa sinar baru kepada golongan ini untuk terus memperjuangkan hak asasi manusia bagi golongan sebegini.
Pertemuan dengan insan bernafsu songsang ini berakhir disini kerana kesibukannya melayan pelanggan yang menempah khidmat urut batin. Sebagai imbuhan atas jasanya meluangkan masa berdialog dengan Parang Pedang disebuah restoran, sedikit wang dihulurkan.
Diantara dialog bersama Sam, menurut dia golongan gay mempunyai rangkaian di seluruh negara dengan jumlah yang bukan sedikit jika dikira. Bahkan hampir keseluruhan golongan ini mampu memberikan kemenangan kepada DSAI didalam pilihanraya kerana berdaftar dengan SPR. Kumpulan underground ini susah untuk dikesan melainkan menerusi wakil mereka yang akan memperkenalkan golongan ini.
Perang pedang sendiri terpaksa meminta bantuan dari seorang rakan yang mengenali salah seorang daripada golongan songsang. Pendedahan tentang golongan songsang ini harus diketahui umum kerana penyebaran ideologi seks songsang ini mudah merebak bagai virus.
Namun yang pasti, golongan inilah yang menjadi kelompok sasar bagi kemenangan pembangkang. Parang Pedang tak peduli siapa yang mereka nak sokong, tetapi apa yang menjadi persoalan ialah haruskan ideologi songsang ini bertapak dinegara Malaysia dan dilaksanakan oleh pembangkang apabila mereka diundi pada pilihanraya nanti?
No comments:
Post a Comment