Thursday, March 8, 2012

DAP NAK JADI HERO BUDAK SEKOLAH

Hari ni ada cikgu sekolah yang Parang Pedang kenal sangat bagitau kat Parang Padang, petang tadi ada satu kes pergaduhan berlaku di Ipoh (tempatnya tak perlulah diberi tahu, yang tahu tetap tahu). Mulanya kes gaduh tu sebab ejek mengejek satu sama lain, antara 2 kaum berlainan. Entah macam mana selepas keadaan senyap seketika, waktu untuk pulang dari sekolah orang yang saling ejek mengejek ni berselisih jalan lalu terlanggar bahu. Pergaduhan pun berlaku antara dua orang budak ni hingga merata ke pergaduhan besar. 

Kaum bukan melayu ni rupanya orang yang sokong DAP, lalu dengan gengnya dan puak DAP ni datang mencari budak seorang lagi ni. Nasib menyebelahi budak sebangsa Parang Pedang ni apabila ahli Pekida turun padang untuk membela nasib budak ni dari dibaham oleh DAP haram jadah. 

Apa nak jadi dengan DAP ni? Budak kecik pun nak dilawannya, dah takut nak lawan UMNO tu budak kecik pulak yang nak dijadikan mangsa. Rasanya ni dah kali kedua DAP masuk campur urusan sekolah di Ipoh. Dulu ada sekali kes yang diorang masuk campur bila ada anak murid dari kaum mereka yang terjatuh dari bangunan sekolah. Bukan salah guru apabila semua murid dikehendaki berada di dataran perhimpunan sedangkan anak beruk ni panjat bangunan untuk bermain. 

Apa pun Parang Pedang sedang standby untuk membantu anak bangsa Parang Pedang dari terus cuba dibaham oleh DAP. Yang kita tahu sangat kuat bau perkaumannya.

No comments: