Monday, February 27, 2012

MALAYSIA ANTARA NEGARA PALING RENDAH MENANGGUNG BEBAN HUTANG.

inilah fakta sebenar, bukan dari cerita dongeng mahupun khabar angin. CIA ( Agensi Perisikan Pusat-Amerika) menyenaraikan 17 buah negara yang menanggung hutang, Malaysia menduduki tempat kedua terendah selepas Zimbabwe. 

Berikut disenaraikan jumlah beban hutang yang ditanggung oleh setiap negara disebut, bermula dari negara yang menduduki tempat tertinggi menanggung beban hutang paling banyak:-

- Amerika Syarikat USD13.9 Trilion
- Britain USD8.9 Trilion
- Jerman USD4.7 Trilion
- Perancis USD4.6 Trilion
- Jepun USD2.4 Trilion
- Norway USD2.2 Trilion
- Ireland USD2.2 Trilion
- Itali USD 2.2 Trilion
- Sepanyol USD2.1 Trilion
- Australia USD1.6 Trilion
- Rusia USD480 Bilion
- China USD406 Bilion
- Brazil USD310 Bilion
- Indonesia USD196 Bilion
- Arab Saudi USD 82 Bilion
- Malaysia USD72
- Zimbabwe USD7 Bilion

Dibandingkan dengan negara Zimbabwe, jumlah hutang yang ditanggung oleh negara Malaysia tidak terlalu membebankan kerana negara ini mampu melunaskan hutang-hutang tersebut dalam suatu masa yang tertentu. Tambahan pula pembangunan di Malaysia lebih pesat dan hutang tersebut adalah hasil pinjaman negara bagi tujuan pembangunan. Hasilnya, rakyat merasa nikmat pembangunan hanya dalam tempoh 50-60 tahun selepas kemerdekaan.

Berbanding dengan Indonesia, walaupun hutang yang ditanggung lebih tinggi dari Malaysia, ternyata pembangunannya tidak sepesat tanah air kita. Ini merupakan satu bonus kepada negara kerana tiada bebanan hutang yang tinggi perlu ditanggung bagi kos pembangunan.

Kita harus sedar bahawa kesan dari peperangan dahulu sebelum merdeka telah mengakibatkan pelbagai kerugian akibat kemusnahan bencana perang. Malaysia bangkit sendiri membangun kembali membentuk sebuah negara berdaulat, tanpa terikat dengan mana-mana negara penjajah. Pinjaman dibuat oleh pemimpin bagi tujuan pembangunan semula kerana negara tiada mempunyai modal pada ketika itu. 

Rakyat kini boleh dikatakan serba serbi menikmati hasil kemerdekaan negara. Malangnya terdapat segelintir masyarakat yang tidak tahu berterima kasih mempersoalkan perihal beban hutang yang ditanggung oleh negara. Tidakkah mereka sedar nikmat yang sedang dirasai kini pada asalnya adalah hasil susah payah pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan, menanggung hutang dan menguruskan sistem pentadbiran agar negara mampu membangun seiring dengan negara lain.

Kita patut bersyukur bahawa sistem kewangan kita stabil walaupun berhadapan dengan pelbagai krisis kewangan dunia. Selain itu juga, kita tidak terus bergantung kepada bank dunia untuk urusan pembangunan Malaysia. Ini merupakan suatu berita baik bagi negara Malaysia, kesan beban hutang menyebabkan nilai matawang RM akan menghadapi masalah. Pemimpin negara sejak dahulu lagi telah mengetahui kesan ini, atas sebab demikian mereka enggan menggalakkan pinjaman wang dari bank dunia IMF.

Ternyata strategi pembangkang yang mendesak pinjaman dari IMF adalah suatu kaedah yang tidak berkesan dalam urusan pembangunan Malaysia. Kita lihat negara yang menanggung beban hutang seperti diatas adalah kesan akibat pinjaman hutang terdahulu yang tidak mampu dilangsaikan. Bersyukurlah Malaysia yang baru 55 tahun merdeka mampu bangkit semula bersama beban hutang yang tidak membebankan berbanding negara lain.

No comments: