Setelah beberapa lama menerima latihan dan disusun dalam angkatan blogger. Tidak sabar rasanya Parang Pedang ingin turun di medan perang berhadapan dengan pasukan musuh yang terdiri daripada sekelompok pengacau dan pemecah belah rakyat Malaysia.
Parang Pedang rasa sangat bersyukur dan berterima kasih ke hadrat ilahi atas keizinanNya Parang Pedang ditakdirkan berada di saf perang siber bagi menghadapi PRU 13 nanti. Tidak terlintas sebelum ini bahawa Parang Pedang akan berlawan didunia maya sedangkan sebelum ini sentiasa berada di dunia politik yang nyata. Kekalahan pada pilihanraya yang lalu sedikit sebanyak membuka mata Parang Pedang bahawa punca kekalahan besar BN disebabkan oleh suatu serangan yang tak terlihat. Rupanya inilah serangan tersebut, serangan media baru oleh Pembangkang.
Bertitik tolak dari situasi tersebut, Parang Pedang mula menggenggam senjata siber bagi menyerang balas pihak lawan. Tanpa diduga Parang Pedang bukan berlawan berseorangan, tetapi ada yang telah menyedari taktik serangan Pembangkang ini. Kini setelah hampir sepenggal tempoh pentadbiran hasil pilihanraya ke 12 yang lalu, Terbentuklah satu saf angkatan perang siber yang diberi nama Perak Cyber Trooper yang dianggotai oleh beberapa orang pejuang dibawah pimpinan blogger Sekupang Dua (sekupangduas.blogspot.com).
Kini angkatan perang tersebut telah bersedia untuk diturunkan ke medan perang dengan kekuatan yang mencukupi. Sekupang Dua, Parang Pedang, Awekz Bukit Gantang, Kemunting Central, Budak Benteng, Angin Paktam dan beberapa pejuang yang lain yang tidak dapat diingati nama mereka adalah antara saf pejuang tempur asak didalam PCT.
Buat pucuk pimpinan kami diatas sana, akar pejuang telah bersedia berpasak bumi. Dicantas tumbuh kembali dicabut tidak sekali, taat setia pada negara tidak berbelah bagi.... Kami menanti semboyan dari ketua........
No comments:
Post a Comment