Selasa. 21 Februari 2012. Gunung Rapat Ipoh. Ketika ini Parang Pedang berada di tempat mengambil wang bantuan rakyat 1 Malaysia bersama rakan bertempat di Dewan Rukun Tetangga Gunung Rapat. Setakat jam 10.15 pagi seramai 500 orang penerima telah hadir bagi menunggu giliran mengambil wang yang telah dijanjikan. Cuaca cerah menambahkan lagi suasana ceria disini. Layanan diberikan juga baik dimana pengunjung diberikan air minuman bagi menghilangkan dahaga.
Respon dari rakyat terhadap program bantuan ini sangat baik menerusi jumlah kehadiran yang dijangkakan. Rata-rata mereka yang ditemui sangat berterima kasih dengan kepimpinan Barisan Nasional atas keprihatinan ini. Wang 500 ringgit yang diagihkan walaupun tidak seberapa, namun ia amat bermakna terutama sekali bagi yang hidup susah. Pengagihan wang ini juga tidak mengira sama ada individu tersebut membayar cukai mahupun tidak tetap akan menerimanya.
Ini bertentengan dengan dakwaan Pembangkang bahawa wang tersebut hasil daripada pembayaran cukai oleh rakyat ( wang rakyat ). Apa pula alasan Pembangkang apabila golongan yang tidak membayar cukai kerana taraf hidup yang rendah menerimanya?
BR1 M merupakan suatu tamparan hebat kepada pendakwaan Pembangkang yang kononnya BN memakan wang rakyat. Ini yang dapat dilihat oleh rakyat menerusi BR1M, wang untuk pelajar sekolah dan universiti, wang untuk pesara kerajaan dan badan beruniform. Bagaimana pula dengan kos pembangunan negara seperti projek jalan raya, dewan orang ramai, dewan komuniti masyarakat, kemudahan hospitaliti.
Bagi pesara pula, mereka menerima wang pencen bulanan hingga boleh diwarisi oleh balu apabila mereka tiada. Pembayaran gaji bagi penjawat awam yang bertugas dalam sektor kerajaan. Itulah wang rakyat yang dikembalikan semula kepada rakyat. Ternyata tuduhan pembangkang hanya fitnah belaka dari sikap dengki mereka yang mahu merampas tunggak pentadbiran kerajaan BN kerana tahu mereka akan dapat menggunakan kesempatan tersebut bagi mengaut keuntungan dari rakyat, tuduhan yang sepatutnya dilemparkan ke muka mereka sendiri. Kerajaan BN tidak mengambil wang rakyat, sebaliknya hanya menguruskan hak rakyat untuk digunakan oleh rakyat disamping menggandakannya melalui pelaburan untuk kesenangan rakyat kelak.
Kembali semula kepada program agihan BR1M disini, nampaknya masyarakat setempat masih tenang menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan wang yang dijanjikan oleh kerajaan BN. Perjalanan program juga lancar dan sistematik dengan bantuan urusetia bertugas, keselamatan pengunjung serta laluan trafik yang terjaga.
Pelbagai bangsa dan agama duduk sebumbung berbual antara satu sama lain sementara menunggu giliran yang diberi. Semangat muhibah sebegini sememangnya sangat digalakkan dalam suasana keharmonian ditanah air kita. Semoga BN akan terus maju dan menerajui rakyat kearah kemajuan dan merealisasikan matlamat miskin sifar.
P/s : Parang Pedang dan sahabat blogger bekerja membantu kerajaan BN tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, apatah lagi gaji seperti penjawat awam. Bersyukurlah bagi yang duduk dalam sektor awam kerana pelbagai insentif yang diberi dari awal kerja hingga bersara. Cabaran dari Parang Pedang, apa manifesto Pembangkang kali ini? Jangan dakwa dasar pembangunan kerajaan sebagai dasar mereka sendiri. Pembangkang sudah terkenal sebagai penciplak ideologi.
No comments:
Post a Comment