Mimpi Saja lebih, tak pernahnya jadi kenyataan....Parang Pedang tahu hajat pembangkang yang mimpikan sebuah kerajaan Islam PAS sedang mereka tidak tahu jari telunjuk dan jari hantu DAP sedang bersilang disebalik sokongan yang diberi.
DAP sangat menentang pembentukan negara Islam bahkan jika boleh mereka mahu menghapuskan sistem syariah secara total seperti yang dilakukan di Singapura oleh part mentor DAP iaitu PAP ( People Action Party).
PAS juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Parti Islam Sedunia Hizbut Tahrir. Masalah tidak dilihat disini kerana kesemuanya berteraskan Islam. Tetapi apakah serasi kedua-dua parti Islam ini kerana Hizbut Tahrir menolak konsep demokrasi sedangkan PAS berjalan diatas jalan demokrasi.
Bagaimana pula dengan PKR? Parti pimpinan keluarga Anwar Ibrahim ini ditubuhkan atas dasar dendam terhadap UMNO. Tambahan pula PKR dipimpin oleh presidennya yang banyak kontroversi skandal seks. Apakah Parti Islam boleh menerima pemimpin yang berzina?
Nampaknya pembangkang dah tak boleh bersatu lagi dah sebab masing-masing kelemahan sendiri. Ikut saja parti Gerakan dan PPP yang menyertai BN kerana melihat BN sebagai suatu platform yang betul. Jadi, bagaimana dengan impian mereka untuk menakluk Malaysia sebagai jajahan mereka? Nampaknya mimpi tak menjadi lagilah pembangkang kali ni........
No comments:
Post a Comment