Saturday, February 18, 2012

PAKATAN PEMBANGKANG MENUNTUT PILIHANRAYA SEGERA.....KITA SAHUT CABARAN!!!

Nampaknya pembangkang dah mula membangkitkan tentang soal bilakah pilihanraya dan menuduh pemimpin negara sengaja melengahkan tempoh pilihanraya kerana dihujani pelbagai isu sensitif dan kontroversi. Siapa yang dihujani dengan isu skandal dan kontroversi? BN atau Pakatan Pembangkang? 

Pilihanraya kali ini dijangkakan kemenangan besar akan dimiliki oleh BN kerana pelbagai kajian dan teori telah dilakukan oleh pengkaji politik tempatan. Tidak seperti penyokong pembangkang yang mengeluarkan kenyataan tanpa bersandarkan kepada fakta, yang mereka tahu hanyalah auta semata-mata.

Mereka tidak sedar disebalik kata-kata mencabar mereka itu akan mengundang pada kepada diri mereka sendiri. BN telah cukup bersedia untuk melanggar tembok pertahanan Pakatan Pembangkang yang kelihatan kian rapuh disamping pentadbiran negeri taklukan mereka yang hampir punah bersama pemimpin yang tidak berkaliber.

Pakatan Pembangkang kian kehabisan peluru untuk dilontarkan kepada kepimpinan BN dan hanya menanti serangan balas dari pihak BN pula. Dengan pelbagai isu skandal oleh ketua pemimpin, Pakatan Pembangkang dilihat cuba bermain permainan psikologi politik dimana pemimpinnya mengwar-warkan keburukan pemimpin BN untuk diburukkan oleh penyokong PR. kita lihat sahaja nanti, siapa rebah dan siapa bangkit. Biarkan mereka menuntut pilihanraya secepat mungkin kerana ibarat mereka mencabut nyawa sendiri.

No comments: