Tuesday, February 7, 2012

Taktik Kotor Pembangkang Menjelang Pilihanraya 13.

Parang Pedang: Bang, mana aci diorang buat macam tu.... 
Ketua Pemuda: Ah, biarlah diorang tu.... Semua tau nak menang je.....

Begitulah dialog antara Parang Pedang dengan ketua semasa menyertai flying squad pada pilihanraya ke 12, kira-kira 4 tahun lalu apabila melihat bendera UMNO dipatahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kalau dah nama pembangkang tu tak perlu dipersoalkan lagi kerana itulah rutin mereka setiap kali pilihanraya. Parang Pedang sendiri pernah membuat laporan polis apabila ada pembangkang yang mensabotaj bilik gerakan. Hingga ada juga suatu ketika nama Parang Pedang mungkin sesuai kerana "Parang" sentiasa ditangan ekoran tindakan penyokong fanatik PAS yang sentiasa membuat kacau.
 
Baru-baru ini ada Parang Pedang dengar seorang menteri kabinet UMNO yang diganggu paparazi upahan Pembangkang semata-mata untuk menjatuhkan reputasi beliau. Puak pembangkang sememangnya tahu bahawa mereka sukar untuk menewaskan pengaruh menteri berkenaan kerana beliau merupakan seorang yang amat mengambil berat tentang nasib kaum wanita. 

Parang Pedang dapat membaca taktik kotor yang bakal digunakan oleh pembangkang pada PRU 13 nanti. Cuma yang boleh dilakukan ialah. Memasang sikap tunggu dan lihat dengan segala pergerakan pembangkang.

PRU 13 bakal membawa pertempuran sengit memandangkan pembangkang tidak akan berdiam diri melihat kebangkitan blogger pro BN. Sama-samalah kita ganding bahu membentuk benteng pertahanan blogger pro kerajaan BN. Lalat Pakatan Pembangkang perlu disekat dari menembusi benteng kita.

BLOGGERS.... GEMPUR!!!!

No comments: