Suatu yang perlu kita kenang suatu masa dahulu. Sejarah yang patut diketahui dalam dunia politik negara mungkin telah dilupakan kerana pertimbangan budi bicara kerajaan BN. Namun begitu bagi pejuang politik negara ia takkan mudah dilupakan kerana pengkhianatan sebegini sukar dilupai.
Tambahan pula apabila melihat kesungguhan pembangkang yang mahu menguasai Sabah dan Sarawak, bertambah kebencian terhadap puak-puak yang tak tahu malu macam ni. Dahulunya merekalah yang tidak mahu Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia, tapi sekarang mereka pula yang beriya-iya mahu menawan kedua-dua negeri tersebut. Tidakkah wujud rasa malu dijiwa mereka yang mengkhianati Sabah dan Sarawak suatu ketika dahulu?
Berdasarkan sejarah awal penubuhan Malaysia, para pemimpin UMNO telah berjuang menyampaikan misi penubuhan Malaysia di Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei Darussalam. Walaubagaimanapun hanya Sabah, Sarawak dan Singapura (cuma berada dalam Malaysia untuk beberapa tahun sahaja) yang menyertai Malaysia. Ketika dalam penubuhan sebuah negara pada tahun 1963, beberapa pihak seperti Indonesia dan Filipina telah menentangnya, tidak terkecuali sebuah parti dalam Malaysia iaitu PAS yang terdiri dari bekas biro agama dalam UMNO. Jelaslah disini bahawa perjuangan UMNO adalah suci kerana ingin menyatukan seluruh negeri di nusantara dibawah satu nama iaitu Malaysia.
Parang Pedang nak bertanya kepada PAS, apakah sumbangan mereka kepada Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri tersebut menjadi sebahagian dari Malaysia? Nampaknya satu apa pun yang tak disumbangkan kepada Sabah dan Sarawak. Malah mereka berhasrat untuk memecah belahkan seluruh warga dikedua-dua negeri tersebut yang sentiasa aman. Pada hari ini kita lihat usaha pembangkang dalam mengkucar-kacirkan Sabah Sarawak masih berterusan.
Saf pejuang Barisan nasional tidak meminta apa-apa dari rakyat Sabah dan Sarawak, cuma fahamilah dan ingatlah siapa pejuang sebenar yang membela nasib mereka sejak dahulu hingga kini.
No comments:
Post a Comment