Petang tadi bertarikh 10 April 2011 jam 3.00 petang, Mesyuarat Agung Cawangan Rapat Setia telah diadakan di Dewan Koperasi Rapat Setia. Kehadiran seramai 66 orang telah merancakkan majlis dengan diperhatikan oleh seorang pemerhati dari Taman Ipoh Jaya sebagai wakil Bahagian Gopeng .
Dari pihak pemuda, seramai dua orang telah dihantar sebagai ahli perwakilan pemuda Bahagian Gopeng . Manakala dari pihak cawangan pula , seramai lima orang telah dihantar termasuk Parang pedang sendiri ke perwakilan Bahagian Gopeng. Beberapa usul telah dibangkitkan oleh beberapa ahli dan usul disokong oleh keseluruhan hadirin.
Sikap toleransi sesama ahli membuatkan mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Begitu juga barisan kepimpinan cawangan yang bijak menyusun aktiviti menjadikan masa mesyuarat selesai mengikut waktu yang sepatutnya.
Antara aturcara mesyuarat disertakan dibawah untuk tatapan umum:
- Pendaftaran ahli
- Ucapan aluan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Nyanyian lagu kebangsaan dan lagu “UMNO Bersatu”
- Perlantikan pengerusi mesyuarat dan akuan sumpah perlantikan
- Pengumuman jumlah ahli yang hadir
- Perlantikan jurutulis
- Ucapan ketua cawangan
- Pembentangan peringatan persidangan cawangan 2010
- Pembentangan penyata tahunan cawangan 2010
- Pembentangan penyata kewangan berakhir 31.12.2010
- Pemilihan 5 wakil cawangan ke perwakilan bahagian
- Perbahasan usul-usul
- Penangguhan persidangan (disokong)
- Ucapan penangguhan
- Persidangan ditangguhkan jam 5 petang.
No comments:
Post a Comment