Semasa menulis artikel ini sememangnya Parang Pedang sedang melepak dikedai sambil minum the tarik. Seperti kata iklan teh Lipton “teh penjana minda”, begitulah ia telah menjana minda Parang Pedang bagi mencari idea dalam bidang penulisan. Sebenarnya bukan Parang Pedang sahaja yang berada disini (kedai mamak), bahkan hampir kesemua sahabat Parang Pedang berstatus penulis blog politik sedang menikmati hari-hari mereka dimeja kedai mamak bagi menulis artikel.
Pernah suatu ketika sewaktu Parang Pedang menulis artikel berkenaan isu semasa politik Malaysia, kebetulan ada seorang pemuda duduk menghadap Parang Pedang sambil bermain notebook. Pada mulanya tidaklah mahu diambil kisah sangat tentang orang didepan Parang Pedang, tapi lama-kelamaan terperasanlah akan si penulis tu asyik memerhatikan Parang Pedang saja. Lalu terlintas difikiran Parang Pedang untuk berjalan dibelakang orang tu. Pada sangkaan Parang Pedang orang tu sama seperti Parang pedang yang berjuang dipihak BN tetapi ternyata meleset kerana dia seorang bloggers dari PAS. Maka dengan laptop yang dibawa, Parang Pedang berpindah tempat untuk duduk dimeja bloggers PAS tersebut. Bukanlah tujuan berbuat demikian untuk menimbulkan sebarang kekecohan tetapi bagi membincangkan soal politik negara. Alhamdulillah bloggers terbabit tak ada masalah untuk duduk semeja berbincang tentang isu yang dibangkitkan. Dalam soal begini Parang Pedang memuji sikap blogger berkenaan kerana berfikiran terbuka dalam perbincangan (tajuk dirahsiakan kerana ia terlalu sensitif). Walaubagaimanapun Parang Pedang menghormati ideologi blogger berkenaan yang kekal dengan keputusan memihak kepada partinya.
Dimasa lapang pada kebiasaannya Parang Pedang akan duduk bersantai di kedai mamak sekurang-kurangnya sejam hingga dua jam, kadangkala terlajak sampai 4 jam hingga lima jam berpandukan pada situasi. Tapi yang pasti pemilik kedai mamak tersebut tidak merungut sebab bukan segelas teh yang dipesan semata-mata sebabnya Parang Pedang akan pesan makanan sekali, tidak seperti sesetengah pengguna wifi yang hanya memesan segelas teh ‘o’ ais dan melepak hingga 2-3 jam. Harus diingat bahawa mamak menyediakan perkhidmatan wifi atas ehsannya sahaja, bukan wajib menyediakan wifi dikedai mamak. Oleh itu, hargailah apa yang diberikan oleh mamak dengan memesan apa yang sepatutnya boleh ditimbal balik.
Bagi mereka yang tidak menggemari kedai mamak boleh memilih opsyen lain seperti starbuck atau Mac D (air carbonat boleh refill secara percuma bagi isian kedua dan seterusnya-di Mac D saja). Selain itu bagi penduduk di sekitar Ipoh boleh melanggan perkhidmatan wifi berbayar milik Jaring.net dengan kerjasama KPerak Corp dengan bayaran serendah 20.00 sebulan dan menikmati perkhidmatan ini di kawasan yang dinyatakan oleh Jaring (Parang Pedang merupakan pelanggan Jaring Flite wifi).
Demam blog yang semakin panas terutamanya sekitar hari berkempen sangat menyeronokkan kerana pada waktu inilah detik perjuangan para blogger semakin mengganas dalam menulis artikel. Lebih melucukan lagi ialah ada antara bloggers yang mencecah sampai tahap memaki hamun dan memecahkan rahsia pemimpin politik hanya semata-mata kemarahan memuncak kepada suatu pihak yang dibencinya. Apa pun yang paling penting ialah sikap profesional para blogger dalam mengeluarkan artikel supaya tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan ketika berblogging.
Parang Pedang mengucapkan selamat berjuang kepada semua blogger terutamanya pejuang saf angkatan perang Perak Cyber Trooper. Kita berjuang 24 jam tujuh hari tanpa henti sehingga terjamin akan kemenangan untuk agama bangsa dan tanah air. Tidak akan berhenti bahkan sehingga akhir hayat kita semua dibawah satu angkatan siber.
“GEGAR ! GEMPUR ! (Gegor!Gempor!)
No comments:
Post a Comment