Disini bukanlah Parang Pedang nak mengadu apa-apa masalah kepada pembaca. Tetapi sekadar menyampaikan apa yang terpendam dalam hati sejak menjadi penulis dalam dunia politik. Parang Pedang tahu ada yang mengenal diri ni secara mendalam iaitu rakan-rakan Parang Pedang sendiri. Jauh dalam fikiran Parang Pedang ialah berkenaan dengan pandangan serong sesetengah sahabat Parang Pedang akibat kurang senang dengan penulisan blog ini. Tapi apa yang mereka perlu tahu ialah prinsip Parang pedang yang tidak mahu mencampur adukkan antara dunia politik dengan hubungan baik dalam berkawan. Sangat jarang Parang pedang nak bangkitkan isu politik dengan seorang kawan melainkan ia dah dibangkitkan, itu pun selepas beberapa waktu Parang Pedang akan tukar topic yang lain.
Lain jadinya pula dengan beberapa orang kawan yang bertindak memboikot Parang Pedang (melalui FB dengan nama sebenar Parang Pedang). Tapi Parang Pedang tak ambil kisah sebabnya kalau terjumpa tengah jalan, Parang Pedang sendiri yang akan hulur tangan untuk bersalam. Kalau taknak bertegur sapa tu lainlah ceritanya, tapi memtuskan hubungan dengan seorang kawan memang pantang pada diri Parang Pedang.
Jadi untuk menjelaskan perkara ni, terpaksalah Parang Pedang menulis artikel ini bagi menyatakan pendirian serta prinsip Parang Pedang berkenaan jurang antara dunia politik dan persahabatan. Harapnya selepas ini para sahabat yang sangat Parang pedang hormati tidak adalah salah faham dan sengketa disebabkan hal sebegini.
No comments:
Post a Comment