Thursday, April 21, 2011
Adakah DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia?
Jika kita amati logo parti DAP (Malaysia) dan PAP yang berpusat di Singapura, sangat terserlah kesamaan antara kedua-dua belah parti ini. Kenapa Parang Pedang mahu kaitkan PAP dengan DAP sedangkan yang ada di Malaysia hanyalah DAP. Inilah yang Parang Pedang cuba bongkarkan disebalik suatu pemerhatian secara mendalam. Bagi Parang Pedang, demokrasi bermakna kebebasan bersuara oleh rakyat tanpa ada dasar kuku besi. Akan tetapi yang perlu diketahui ialah cara demokrasi tersebut sama ada berparlimen atau republik. Malaysia melaksanakan dasar demokrasi berparlimen manakala Singapura pula dengan demokrasi republiknya.
DAP beranggapan bahawa sistem parlimen yang bersandarkan kepada perlembagaan telah menjadikan sesebuah negara itu mundur. Oleh demikian parti ini telah nekad menjadikan negara sebagai sebuah negara republik. Dengan mengenepikan perlembagaan, kuasa institusi raja, ketuanan Melayu serta hal ehwal adat resam dan Agama Islam sebagai agama rasmi, parti tersebut akan dapat membentuk sebuah negara dengan sistem yang sama seperti Singapura.
Dalam mengejar cita-cita DAP sejak sekian lama, agak sukar bagi mereka untuk bekerjasama dengan PAS kerana majoriti penyokong PAS adalah bangsa Melayu beragama Islam dan sudah pasti tentangan sengit akan terjadi kerana matlamat PAS ialah mewujudkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem Islam seratus peratus (100%) sedangkan matlamat DAP adalah demokrasi republik. Oleh demikian, langkah terbaik ialah dengan cara bergabung dengan pelbagai parti pembangkang dalam membentuk suatu pakatan rakyat (sebenarnya pakatan DAP) agar mampu menjadi suara gergasi dalam amalan demokrasi di Malaysia. Dengan bertindak sebagai 'jeneral' dalam Pakatan Rakyat, DAP mudah saja mengorbankan parti-parti lain yang menjadi tentara caturnya. Kita imbas semula bagaimana caranya DAP mengorbankan calon-calon Pakatan Rakyat di kawasan yang diyakini amat tipis untuk menang kerana tidak mahu kerugian padahal kawasan yang ditandingi DAP mempunyai prospek untuk menang. DAP juga menjadikan parti lain sebagai bahan kajian bagi menentukan kadar sokongan terhadap pembangkang sama ada kuat mahupun tidak.
Berbalik semula kepada perbincangan asal sama ada DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia adalah tidak mustahil kerana Singapura pernah menjadi sebahagian dari malaysia walaupun sekejap. PAP boleh dianggap sebagai mentor kepada DAP kerana perlaksanaannya dalam demokrasi republik lebih matang dan berpengalaman. Perkara pertama sekali yang DAP akan lakukan ialah beberapa penghapusan hak milik melayu seperti yang diterangkan diatas. Ini sudah jelas kelihatan sama seperti yang berku di Pulau Pinang, itupun baru perubahan minor yang telah DAP lakukan. Bayangkan apa akan terjadi jika jika perubahan major berlaku setelah Malaysia dikuasai DAP dengan bantuan sokongan PAP.
Fikirkanlah masa depan anak bangsa kita. Penyesalan tidak sudah jika kita bertindak tanpa memikirkan buruk baiknya sesuatu perkara. Ingatlah pusara kita, tanah kebun, rumah pusaka dan segala apa yang telah dijadikan hak kita akan lenyap begitu sahaja. Sanggupkah kita cuma sekadar memiliki lantai batu berlapis-lapis sampai mencecah langit (pangsapuri murah) semata-mata?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment