Friday, December 23, 2011

PMR 2011 : Tahniah adik-adikku

Ipoh, 22 Disember 2011 Jam 10 pagi, Parang Pedang membuat liputan berkenaan aktiviti penerimaan keputusan PMR disebuah sekolah di Ipoh, Perak. Agak meriah kelihatan di sekitar tempat pengedaran slip keputusan peperiksaan. suasana bercampur baur antara gembira dan sedih, tidak kurang juga ada yang menangis kegembiraan apabila melihat keputusan yang diperolehi. Parang Pedang bangga dengan adik-adik yang selama ini telah memerah otak, mengorbankan masa bermain demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

cuma satu perkara yang ingin Parang Pedang sampaikan nasihat buat adik-adik yang dikasihi. Ini merupakan sebuah platform untuk adik-adik mendaki ke puncak kejayaan. Perjuangan adik-adik tidak sampai disini sahaja kerana banyak lagi cabaran yang akan dihadapi selepas ini. Susah payah dalam menghadapi PMR ini harus dijadikan kayu ukur bagi menempuh cabaran yang akan datang. Urusan politik usah difikirkan lagi kerana tugas yang perlu dilakukan oleh adik-adik semua ialah menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. jadikan contoh para pendidik sebagai sandaran utama. Parang Pedang yakin bahawa suatu hari nanti adik-adik bukan sahaja akan menjadi sekadar aktivis politik, bahkan akan ada yang menjawat jawatan tinggi dalam urusan pentadbiran negara. bermulalah dari sekarang kerana kejayaan suatu hasil bermula dari tindakan awal.

Akhir kata dari Parang Pedang, Tahniah atas kejayaan adik-adik. bagi yang kurang berjaya...jangan putus asa kerana gagal sekali bukan bermakna adik-adik gagal selama-lamanya. Teruskan usaha dan banyakkan berdoa.

P/P: Tak sanggup lihat sesetengah adik-adik yang menyertai aktiviti politik diusia yang tak sepatutnya akibat dari hasutan pihak tertentu yang mementingkan diri sendiri.

Antara gambar yang sempat diambil ketika di sekitar kawasan sekolah.





No comments: