Dalam kita sibuk mengisi borang Bantuan Rakyat Satu Malaysia. Mungkin kita lupa akan amanah yang selama ini dijaga oleh kerajaan Barisan Nasional berkaitan dengan harta rakyat Malaysia dipulangkan semula kepada pemiliknya. Ramai yang tak nampak tentang perihal ini, tapi kita sedar atau tidak bahawa selama ini, kita sebagai rakyat biasa bergaji kurang daripada RM 3000.00 seringkali tertindas dengan kelompok niaga kelas atasan yang kadangkala mengenakan harga yang tinggi ke atas pembeli, majikan yang memerah keringat kita dengan gaji yang rendah serta beberapa agensi kredit yang mengenakan bunga yang tidak munasabah bagi setiap pinjaman yang diberi sama ada dalam bentuk tunai mahupun ansuran barangan.
Tindakan mereka kadangkala membuatkan kita terus ditindas dan ditekan habis habisan. Kita mungkin pernah dengar tentang kes bunuh diri kerana hutang. Anak dan isteri tergadai diri kerana tak mampu langsaikan hutang. Semua ini disebabkan oleh dasar kapitalis para peniaga kelas atasan ini.
Ada perkara yang tidak mampu dibendung oleh kerajaan kerana kita berdiri dibawah demokrasi iaitu rakyat mempunyai hak. Akan tetapi demi menstabilkan ekonomi negara kita ini dan menjamin bahawa tiada seorang rakyat pun yang akan tertindas, maka cukai dikenakan bagi sesuatu pendapatan yang diperolehi oleh kelompok peniaga ini.
Mungkin tidak logik jika difikirkan, itulah hakikatnya bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah Sebuah Parti Robin Hood yang membela nasib mangsa kapitalis. Akan tetapi disebabkan perkara ini, timbul beberapa pihak dari golongan kapitalis ini yang kurang senang dan mereka menggunakan pengaruh politik untuk berkempen bahawa Kerajaan Barisan Nasional mengerah duit rakyat.
Kita lihat secara logiknya, kelihatan kelompok ini yang beriya iya sangat nak menentang Kerajaan Barisan Nasional. Atas alasan apa? Seperti yang Parang Pedang sebut diataslah. Kenapa rakyat perlu marah? Anda tidak membayar apa apa cukai jika gaji pendapatan anda dibawah tahap stabil. Kenapa gaji anda rendah? Jawapannya hanyalah pada majikan anda. Baru baru ini kerajaan dah tetapkan gaji minima, adakah majikan anda mengikutinya?
Jadi, buat pembaca semua... Kita fikirkanlah siapa Robin Hood dan siapa pula Putera John yang suka perah rezeki anda......
No comments:
Post a Comment