Friday, November 2, 2012

PEMBAYARAN GAJI ANGGOTA KAKITANGAN AWAM LEBIH AWAL HUJUNG 2012.

Kakitangan awam



Disaat kita baru sahaja melepasi musim perayaan aidil adha dan bakal menghadapi pula perayaan Deepavali bagi kaum India Beragama Hindu dan disusuli dengan Perayaan Natal bagi penganut Kristian. Terlalu banyak perbelanjaan yang perlu dijelaskan sejak kebelakangan ini. 

Seperti biasa, banyak rungutan serta keluhan dari pelbagai pihak terutama sekali yang telah berumah tangga serta berkeluarga. Tidak kurang juga bagi mereka yang masih bujang dan menanggung kos sara hidup ibu bapa masing masing. 

Kerajaan Barisan Nasional amat memandang perkara ini sebagai sesuatu yang sangat serius dan berusaha mengimbangi situasi begini menerusi pelan pembayaran gaji lebih awal. Alhamdulillah, selain perancangan kewangan anggota kakitangan awam ini, kerajaan juga telah merangka strategi bijak dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang memiliki pendapatan dibawah RM3000.00 menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500.00  bagi yang berkeluarga dan RM250.00 bagi yang masih bujang berusia 21 tahun keatas. 

Rm


Perlu diingatkan bahawa kesemua pemberian wang ini bukanlah sebagai satu cara memancing undi rakyat seperti mana yang lazimnya dilakukan oleh Pakatan Rakyat, tetapi sebagai langkah memastikan rakyat sama ada kakitangan awam mahupun swasta dapat menstabilkan semula ekonomi sara hidup mereka.

Anggota Kakitangan Awam yang merupakan jentera perlaksanaan dasar-dasar parti perlu dijaga kebajikan mereka bagi memastikan matlamat pentadbiran negara mencapai tahap kualiti yang maksima. Kerajaan Barisan Nasional tidak mahu disebabkan masalah kewangan mengakibatkan kualiti kerja anggota kakitangan awam merosot seterusnya memberikan impak besar dari sudut negatif terhadap negara.

Sekalung terima kasih buat kakitangan awam yang bertungkus lumus menjana aktiviti negara sebagai jentera perlaksanaan kerajaan BN. Jasa anda senantiasa dihargai dan dihormati. 

Salam dari kami, Jentera Pembuat Dasar Negara.

No comments: