Wednesday, November 21, 2012

PERSATUAN BUJANG TERLAJAK MALAYSIA MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM

PERSATUAN BUJANG TERLAJAK MALAYSIA @ PBTM merupakan sebuah persatuan yang menghubungkan silaturrahim antara ahlinya yang terdiri dari golongan bujang, duda, serta ibu tunggal.

Kelebihan persatuan ini ialah disamping berfungsi sebagai laman silaturrahim, ia juga bertindak sebagai platform bagi golongan yang masih hidup tanpa pasangan mencari jodoh.

Didalam istilahnya, Bujang terlajak bukanlah mereka tidak akan menemui jodoh. Mungkin belum sampai masanya atau tiada persediaan. didalam PBTM ini, usaha menemukan jodoh antara ahli dijalankan dan bagi ahli yang telah menemui jodoh akan dikeluarkan sebagai tanda mereka telah menemui cinta hati sebagai pasangan hidup.

Usaha yang dijalankan oleh Persatuan Bujang Terlajak Malaysia ini sangat jarang dilakukan kerana kesukaran untuk mentadbir ahli didalamnya. Akan tetapi kemampuan PBTM ini telah membuka mata semua pihak bahawa PBTM satu-satunya persatuan yang berkemampuan mentadbir serta menguruskan operasi persatuan dengan lancar.

Ketua operasi persatuan ini iaitu Taman Astakona (TA) telah berjaya memimpin seluruh tenaga kerja sukarelawan bagi mentadbir halaman PBTM di face book dengan baik. Sehingga kini, hasil dari usaha PBTM, beberapa pasangan telah berjaya disatukan.

Joj

PBTM juga di kenali sebagai Jodoh Ohh Jodoh telah menjalankan aktiviti outdoor bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli.

Sekalung tahniah dari Parang Pedang buat seluruh warga PBTM atau kini dikenali sebagai JOJ (Jodoh Ohh Jodoh. Apa yang diharapkan ialah Persatuan ini akan terus kekal dan diredhai Allah. jodoh itu urusan Allah dan sesiapa yang membantu Agama Allah maka Allah akan membantunya.

Bagi yang berminat menyertai PBTM, sila layari halaman ini klik sini

http://ketuajabatankeselama.wix.com/pebtm#!home/mainPage

2 comments:

Anonymous said...

Salam.blog tuan telah dipautkan.mohon pautkan semula blog saya
apple-biru.blogspot.com

Laksamana Parang Pedang said...

W'salam... Laman saudara juga dipautkan dilaman saya.