Friday, November 16, 2012

KEK COKLAT DAN POWER ROOT


Menjunjung amanat pemimpin bukanlah suatu yang mudah. Tambahan pula misi yang diberikan adalah suatu yang sangat besar tugasnya. Namun begitu, junjung tetap junjung akan amanah yang diberikan. 

Demi menjamin Negeri Perak kekal dalam dakapan Barisan Nasional. Beberapa strategi telah dibuat bagi memastikan rancangan ini berjalan dengan lancarnya. 

Semalam, sebahagian daripada ahli Perak Cyber Troopers telah menghadiri satu rapat umum bersama Persatuan Muka Buku Pulau Pinang bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai berkenaan dengan penipuan yang telah dilakukan oleh DAP Pulau Pinang. 

Pelbagai cerita yang telah dibongkar oleh wakil dari Persatuan tersebut. Antaranya ialah kisah berkenaan dengan konspirasi menyingkirkan golongan berpendapatan rendah dari menduduki kawasan utama di Pulau Pinang demi merealisasikan matlamat mereka membentuk sebuah Negara Singapura kedua.

Pelbagai isu telah dibangkitkan dan banyak menimbulkan kemarahan penduduk Pulau Pinang. Sememangnya sangat mengejutkan apabila mendengar cerita sedemikian kerana menurut akhbar tabloid di Pulau Pinang, pentadbiran DAP sangat memuaskan. Berlainan pula dengan kisah sebenar disebaliknya.

Mukabuku

Tamat sahaja perjumpaan silaturrahim dan rapat umum bersama Persatuan Muka Buku Pulau Pinang. Majlis Perak Cyber Troopers tidak berakhir begitu saja. Program bersama pemimpin tempatan bagi menjunjung amanat perjuangan diteruskan.

Pelbagai agenda dibentangkan bagi merangka strategi perjuangan serta menjalinkan hubungan dengan unit media yang lain. Perak Cyber Troopers yang juga antara teraju perjuangan dialam maya Negeri Perak telah membangkitkan beberapa perkara dan merangka strategi perang. 

Begitulah program yang diadakan antara Perak Cyber Troopers dengan pemimpin tempatan. Banyak yang perlu diambil perhatian dalam memastikan perlaksanaan dasar parti berjalan dengan sempurna.

Keletihan tidak tergambar dikalangan yang hadir kerana program berjalan terus menerus. Bagi Parang Pedang, semestinya minuman Tongkat Ali Power Root menjadi peneman dipoket beg galas. Turut sama menghilangkan keletihan ini ialah kek coklat bloggers Minah Brutal... 

Power root


Coklat kek

No comments: