Tuesday, November 20, 2012

Calon BN Simpang Pulai Perlu Mula Hampiri Rakyat. Bukan Duduk Menanti Ikan Meragut Umpan.


Kita sedia tahu Simpang Pulai adalah antara DUN Di Perak yang kalah kepada PKR.  Tapi ini bukan alasan tak mahu bangkit selepas rebah. Jangan malukan diri bila lihat pejuang bawahan sibuk bangkit semula sedangkan diri masih tak mahu bangun. Rakyat dah mula kembali percayakan kepada BN selepas melihat sikap acuh tak acuh PKR menjanjikan kemajuan Simpang Pulai.

Calon BN kena sedar, kekalahan ini sebagai peringatan rakyat kepada kita. Dalam masa yang sama Anda (calon BN) perlu tahu, rakyat sedang melihat keikhlasan anda sama ada mahukan kuasa semata mata atau sememangnya berniat mahu membangunkan Dun Simpang Pulai. 

Parang Pedang tak tahu siapa Anda yang bakal jadi calon. Tapi kalau rasa gerak hati tu dah yakin bahawa anda calonnya.... Pandai pandailah hampiri rakyat. 

Parang Pedang takut anda akan kehilangan pengundi bukan sahaja diatas kertas, malah jumlah yang ingin keluar mengundi....

Tolong Jangan Kecewakan Rakyat....

Nasihat dari rakyat kawasan anda: PARANG PEDANG.

No comments: