Wednesday, November 21, 2012

KAMU KERJA MANA? ANAK SEKOLAH MANA?


Soalan ni patut dilemparkan pada penjawat awam yang mempunyai anak bersekolah disekolah kerajaan tetapi membenci kerajaan BN. Tak salah kamu nak sokong mana pun, itu kamu punya pasal la… Parang Pedang tak peduli, tapi kamu sedar atau tak sedar? Kamu sekarang dibawah pimpinan BN, bukan PAS, bukan PKR apatah lagi DAP…. Tapi kenapa kamu berpihak kepada mereka yang bukan bertanggungjawab menjaga kamu? Mereka ke yang bayar gaji kamu? Betul, itu duit hasil titik peluh kamu, tapi fikirlah sikit bukan gaji saja yang kerajaan BN beri… Bonus, insentif tambahan, cuti tahunan, kursus latihan, kemudahan pinjaman, perubatan percuma…. Tak perlu sebut yang lain lagi.

Ada kamu fikir, apa yang anak kamu dapat pula? Sekolah disekolah bantuan penuh kerajaan dan pelbagai kemudahan lain. Itu pun kamu masih bertakbir (takbur) memekik macam orang gila memaki hamun kerajaan BN. Kalau BN be end, periuk nasik kamu nanti the end sebab kerajaan Pakatan takkan bagi macam yang biasa. Silap-silap kamu pun hilang kerja.

No comments: