Tuesday, November 20, 2012

AKAN BERULANGKAH CERITA KENA KEJAR DENGAN PARANG?



Parang Pedang Masih ingat sekitar tahun 2008 waktu kawan kawan sedang keluar kawasan untuk kerja gantung poster dan bendera BN. Kebetulan waktu tu Parang Pedang tak ikut. Bila semua balik ke bilik gerakan, keadaan jadi kecoh sebab diorang kena kejar dengan penyokong fanatik PKR Gopeng.

Kes tersebut dibawa ke tengah untuk mendakwa orang yang mengamuk tersebut. Puncanya dia marah kerana petugas gantung poster gentung bendera dijalan besar depan rumahnya. Kalau diikutkan memang tak cecah langsung ke rumah orang tu.

Habis semua orang dihambatnya dengan parang. Tak cukup tanah petugas BN lari.... Dengar cerita dari kawan yang turut sama kena kejar, kotak yang dibawanya habis dicampak ke tengah jalan sebab terlalu takut. 

Ni la sikap fanatik penyokong Anwar Ibrahim. Tapi silap la orang yang mengamuk tu, polis cari sampai dapat. Tiba kat balai, ketua pemuda Parang Pedang cerita.... Orang yang mengamuk tu siap cium tangan ketua pemuda bahagian lagi untuk mintak maaf... Tapi maaf tu dah terlambat, kes dah dibuat... Duduk dalam la jawabnya...

Parang Pedang nak pesan, jangan main parang waktu pilihanraya.....

No comments: