Monday, November 12, 2012
Seram/ (untuk bacaan usia 13 tahun keatas)Pendamping diri: Harimau pendamping
Aritkel kali ni Parang Pedang nak cerita pengalaman yang berlaku pada diri ketika tahun 2010. Aneh sekali apa yang ingin Parang Pedang kongsikan bersama pembaca, hingga kini masih dalam ingatan dan bezanya ialah Parang Pedang mampu mengawalnya dari mengusai diri. Ekoran dari kejadian itu, Parang Pedang berupaya mengubati orang yang sakit dengan izin Allah Taala.
Kisahnya ketika itu Parang Pedang baru pulang dari Kuala Lumpur menziarahi sahabat disana. Sewaktu tiba dirumah, kebetulan pada hari yang sama Parang Pedang diziarahi oleh saudara dari kampung. Sememangnya Parang Pedang tahu bahawa saudara Parang Perang ni pandai mengubat dan boleh berhubung dengan alam ghaib.
Ahli keluarga Parang Pedang telah meminta saudara ini menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh salah seorang adik kepada Parang Pedang. Seperti biasa, amalan zikir dimulakan dan secara tidak langsung ada antara ahli keluarga Parang Pedang yang kerasukan menyebabkan keadaan menjadi kucar kacir didalam rumah tersebut.
Dalam masa yang sama, selawat umiyyi dibacakan untuk memohon pertolongan Allah Taala. Dengan izinNya maka bermulalah saat dimana saudara Parang Pedang telah dimasuki oleh makhluk Allah dari alam lain. Proses pengubatan dilakukan oleh saudara Parang Pedang yang dimasuki oleh pendampingnya itu.
Parang Pedang yang duduk tidak jauh dari mangsa kerasukan terus berselawat bersama ibu saudara bagi memohon pertolongan Allah. Tanpa disedari, terasa panas menjalar dibahu Parang Pedang dan seluruh badan menjadi kebas. Beberapa detik kemudian tanpa dikawal oleh sesiapa pun, dalam keadaan sedar maka berlakulah episod detik detik bermulanya keluar sang pendamping yang selama ini tidak pun diketahui telah lama bersama Parang Pedang.
Menurut, cerita dar ibu saudara Parang Pedang. Susuk bentuk diri ketika itu tak ubah seperti seekor harimau. Apabila diperhatikan, sememangnya pendamping Parang Pedang ialah seekor harimau kumbang berwarna hitam. Atas izin Allah juga, Parang Pedang yang sudah diresapi Pendamping Harimau kumbang bertindak memulihkan rumah terus selain merawat ahli keluarga yang sakit.
Setelah selesai memulihkan seluruh rumah, barulah rasa kebas hilang dan secara beransur sedar. Namun begitu, sang pendamping masih belum keluar hinggalah timbul satu lagi pergerakan untuk memutuskan hubungan dengan pendamping Harimau kumbang tersebut iaitu kunci al fatihah. Semuanya berlaku diluar kawalan Parang Pedang.
Memang agak memenatkan bila jasad bergabung dengan makhluk dari alam lain. Namun begitu ia bukanlah atas kehendak diri melainkan jika ada yang perlu dipulihkan. Semenjak itulah Parang Pedang dengan izin Allah S.W.T. Boleh merawat orang sakit.
Begitulah pengalaman yang ingin dikongsikan bersama para pembaca blog ini. Apa yang kita perlu tahu ialah makhluk ini memang wujud seperti yang disebut didalam Al Quran, tetapi kita tidak boleh taksub pada mereka kerana dikhuatiri menyekutukan tuhan.
p/p: seorang sahabat Parang Pedang juga mempunyai pendamping harimau dari jenis harimau belang. Di kawasan Air terjun Lubuk Timah , simpang Pulai , Perak merupakan tempat kami berkumpul bersama bagi berkongsi ilmu dan mengukuhkan diri dalam bidang kebatinan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalam .. Abg boleh tolong ajarkan sya bgaimana nak active kan mata ketiga/indra keenam ?? plss bg
Macam mana nak tengok mnda macam abg nie masih ada dengan kita atau tidak please info
Penting sangat
#same like you bro
Post a Comment