Yang ni Parang Pedang nak tegur sikit la pasal sesetengah kes maksiat yang berlaku dinegara kita. Bukan berniat nak jatuhkan air muka petugas ni. Tak dinafikan ada juga yang denagan sengajanya membiarkan adegan zina berlaku atas alasan nak wujudkan bukti.
Kita fikir sekejaplah, apa guna letak nama unit pencegah maksiat atau nahi mungkar? Bila maksiat berlaku depan mata, dibiarkan dulu sebabnya bukti nak dikumpulkan. Kalau macam tu baik biarkan si penzina tadi main sampai habis.... Boleh buat video lucah terus. Betul tak?
Lebih mengaibkan lagi bila aksi si penzina tadi dimuat turun dalam telefon bimbit untuk diedarkan dikalangan kawan2 lain. Agaknya yang mencekup ni nak buat bahan projek lima gegar satu kot...
Parang Pedang masih boleh berfikir dengan waras lagi sebab tu la Parang Tegur dengan baik. Jangan cemarkan nama baik jabatan Agama Islam di Negeri masing2.... Kepincangan tugas Pencegah maksiat juga menyebabkan orang bukan berasa gerun pada jabatan tersebut, malah memanbahkan lagi kebencian kepada Jabatan Agama Islam Negeri.
Itu baru bab pencegah maksiat..... Belum masuk bab lain lagi... Jangan lupa, kita buat salah nanti mulut orang mana mahu tutup. Dah banyak cerita yang Parang Pedang dengar. Tu belum masuk cerita Parang Pedang kena tuduh buat ajaran sesat. Siapa punya fitnah, Wallahualam... Tapi kalau betul pegawai tu datang jumpa Parang Pedang.... Kes ni akan bertukar jadi kes politik sebab Parang Pedang tengah buru pegawai jabatan Agama Islam yang sokong PAS... Siap, anda akan ditelanjangkan depan pegawai atasan.
Berbalik semula pada cerita khalwat tadi, Parang Pedang akan pantau aktiviti Jabatan Agama Islam terutamanya di Perak ini untuk lihat macam mana gerak kerja mereka. Silap ditegur... Buat lagi... Memang Parang Pedang tibai dalam blog ni, siap dengan nama pegawai tu sekali....
Buat kerja elok-elok. Jawatan anda tu sedang ramai yang menunggu untuk disandang... Manfaatkan anugerah Allah terhadap kerjaya kamu.
No comments:
Post a Comment