Saturday, November 17, 2012

Hizib al ikhtifak

Hizib al ikhtifak

pendinding diri dari kejahatan jin , manusia dan mara bahaya bencana yang datang. 
Pengasih menarik cinta umum dan khusus. 
Penunduk mereka yang zalim.
Penyeri diri
Ayat mengazab musuh
Dijadikan jurus pukulan jatak jauh
Menangkap jin.


Bismillahirahmanirrahim. Saya dengan ini memberikan ijazah hizib ini kepada seluruh kaum muslimin.

Diamalkan selepas solat maghrib dan subuh.

Al fatihah mohon redho Allah akan amalan ini.
Al fatihah hadiahkan buat Rasulullah Salallahu alaihi wassalam.
Al fatihah buat ummi dan abah / ibu dan ayah

Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah salallahu alaihi wassalam.

.............................................................

Bikhafiy luthfillahi, bilathifi shin illlahi, bi jamiyli sitrillahi dakholtu fi kanafillahi, wa tashaffa'tu bi rasulillahi, bi dawami mulkillahi, bilahaulawala quwwata illah billahi a'liyil adzim.

Biyahin biyahin ahyalin ahyalin ahyashin ahyashin, hajabtu nafsi bihijabillahi wamana'tuha ya ayatillahi wabil ayati al bayyinati wa bihaqqi man yuhyil i'dzama wahiya romim.

Jibrillu an yamiyni , wa mikailu an yasari, wa israfilu an kholfi. Wanabiyyuna Muhammadun salallahu alaihi wassalam imamiy, wa asay musa fiy yadiy waman ro a' niy ha baniy wa atho a' amriy, wa khotamu Sulaimana a'la lisani, wa man takalmtu ilaihi qo dha hajati, wa nuru yussufa a'la wajhi wa man ro a'niy ahabbaniy. 

Wallahu min waro ihim muhitun bi wahuwa musta'na bihi a'la a'da i' lailahailallahu kabiru muta a' liy wala haulawala quwata illa billahi a'liyil adzim. 

Wa salallahu a'la sayyidina wa maulana muhammadin nabiyyil ummati wa kasyifi ummati wal ghummati wa ala alihi wasohbihi wassalam. Walhamdulillahi robbil a'lamin.

Pengertian:

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, dengan rahsia kelembutan Allah, dengan berkat kelembutan Pertolongan Allah, dan dengan keindahan satir(pendinding) Allah, aku memasuki benteng Allah, dan aku memohon syafaat Rasulullah s.a.w. Sepanjang kekalnya kerajaan Allah taaladengan ucapan tiada daya dan upaya melainkan hanya dengan kekuatan Allah yang maha Tinggi dan Maha Agung. Aku membentengi diriku dengan hijab Allah dan aku menjadikan ayat ayat Allah sebagai pertahanan diri dan dengan hak Zat Allah yang menghidupkan tulang belulang yang padahal ia telah hancur. Jibril sentiasa dikananku, mikail pula sentiasa dikiriku, dan israfil berada dibelakangku, sedang Nabi Muhammad s.a.w. Dihadapanku. Tongkat nabi musa pula ditanganku kerana itu sesiapa yang melihatku maka dia akan gentar padaku, cincin nabi sulaiman berada dilisanku yang kerana itulah sesiapa yang ku arahkan maka akan patuh pada hajatku. Cahaya Nabi Yussuf berada diwajahku hingga yang melihat aku akan tertarik padaku dan mencintai ku. Dan Allah maha mengetahui apa yang ada dibelakang mereka. Dialah zat menjadi tempat memohon pertolongan bagi mengalahkan musuh musuhku. Tiadalah tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Allah s.w.t. Semata mata yang maha besar dan maha tinggi. Tiada daya dan upaya melainkan hanya Allah yang maha tinggi lagi maha agung. Semoga Allah tetap melimpahkan rahmatnya keatas junjungan kami Nabi Muhammad S.a.w. Yang menjadi nabi sekalian umat dan pembuka sebarang kesusahan. Dan semoga kesejahteraan juga tetap tercurah keatas sekalian keluarga Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabatnya. Segala pujian bagi Allah yang mentadbir sekalian alam.


Jurus

3 comments:

Unknown said...

Ngga ada kerjaan tulisan nya banyak salah mas

Laksamana Parang Pedang said...

Nggak ada yang salah, ini dipetik dari kitab yang disahihkan bacaannya. Cuma ia ditulis dalam tulisan rumi.

Anonymous said...

Mohon izazah tuan