Tuesday, March 26, 2013

Menteri Mentor Singapura... DENDAM TAK PERNAH SUDAH.


Kali ni aku Parang Pedang nak cerita sikit beberapa perkara yang wajib korang tahu pasal perancangan Singapura terhadap tanah air kita Malaysia. Selama ni jet tempur Singapura melewati ruang udara tanah air kita untuk apa? Sekadar bersiar-siar? Sori naik lori... Ini teori aku untuk tatapan korang.

Kenapa Lee Kuan Yew jadi menteri mentor Singapura? Kenapa tak jadi mantan saja? Ini rahsianya....dulu masa Singapura terpisah daripada Tanah Melayu, menteri mentor sekor ni pernah bersumpah... Dia takkan datang jejak kaki ke sini sehinggalah parti ketuanan Melayu ni menjadi lemah.

Aku tahu dia akan datang semula dan dia telah pun tunaikan janjinya beberapa tahun ni selepas kita tewas kepada pakatan rakyat. Sejak terpisah, dendam Lee Kuan Yew sentiasa berbara kerana dia marah dengan rakyat Tanah Melayu yang tidak mengiktiraf dia sebagai pemimpin Tanah Melayu selepas merdeka.

Tindakan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj membuang singapura daripada terus bergabung dengan Tanah Melayu adalah satu tindakan paling bijak kerana virus anti melayu yang ditiup oleh Lee Kuan Yew mampu melumpuhkan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu ketika itu.

Maka terbungkamlah hati Lee Kuan Yew menahan kempunan kerana tak dapat menguasai Tanah Melayu. Menteri Mentor Singapura ini telah menyimpan satu dendam terhadap kita rakyat Malaysia sejak nama Tanah Melayu hinggalah menjadi Malaysia.

Lalu DAP dijadikan anak angkat kepada Singapura dan PAP sebagai mentor kepada parti demokratik ini. Bermulalah era penentangan sulit Singapura dibawah pimpinan parti PAP terhadap Malaysia. DAP bergerak secara rahsia dengan manual yang disediakan oleh PAP bagi menumpaskan parti Melayu dan komponennya. Selaku master mind dalam hal ini, Lee Kuan Yew tidak akan berhenti dari berpolitik walau usianya telah tua... Tidak seperti pemimpin lain seluruh dunia, Lee Kuan Yew tidak pernah turun dari takhtanya sehinggalah Malaysia ini jatuh ke tangan DAP.

Atas sebab demikianlah dia menjadi menteri mentor Singapura, bukannya mantan... Kerana dia memerlukan satu kuasa untuk bersuara atas nama pemimpin Singapura bagi menjalankan dakyahnya.

DAP terus menerus melaungkan demokrasi tetapi disebalik laungan itu tersirat satu suara " MALAYSIA SINGAPURA PUNYA " ....

Buat Semua Sidang laman Parang Pedang, teori ini diperkukuhkan lagi dengan tindakan mengibarkan sebuah bendera yang mirip bendera Singapura tidak lama dulu. Bukti disertakan dalam artikel ini. Sebenarnya Lee Kuan Yew mahu mengangkat dirinya semula apabila Malaysia jatuh ke tangan Singapura. Kerana itulah beliau tak mengundurkan diri dari arena politik.

Saudara-saudara sidang laman Parang Pedang ini.. Lee Kuan Yew bukanlah sebarangan orang dalam politik Malaysia-Singapura... Sejak Zaman Tunku lagi beliau telah menceburi dunia politik. Apa jua rancangan kita, dia akan tahu kesannya serta cara menanganinya.

Aku nasihatkan pada korang, berhati-hatilah... Kita ni cuma pinjam tanah air ni daripada anak cucu kita.. Tanah air ni bukan hak milik kita saja, kita akan wariskan kepada generasi akan datang.. Jangan nanti kita tak ada sedikit pun tanah walau untuk kebumikan jenazah kita dan jangan sampai mayat kita dikencing anak cucu yang marah kerana kita tak pertahankan tanah air ni.

-artikel ni hak milik http://parangpedang.blogspot.com/ -



1 comment:

Anak Melayu said...

China Yahudi Zionist ni meyimpan hasrat mahu menjadi Perdana Menteri di Tanah Melayu ini...