Aku cakap ni atas suara peribadi aku je. Sebab kalau bab hiburan ni memang aku la pengikut setianya. Cakap je konsert mana yang aku tak join? Majalah hiburan mana yang aku tak beli. Telebriti, video klip tamparan wanita, leftenan adnan... Semua aku tonton.
Artis mana yang aku nampak neutral dulu, kini dah mula main politik. Tak kira berapa banyak kontroversi, berapa banyak skandal.... Janji nama naik dan disebut masyarakat. Cuma aku agak kesal la sebab artis ni semua aku minat... Tetiba jer masuk politik, terus bantai orang lain sesuka hati....
Listen! Listen! Listen! ...... Korang ni dah meroyan ke? Ikut cakap Bang Nuar kaki saman buat apa? Korang ada peminat sendiri.... Korang ada audien sendiri.. Tapi korang sedar tak audiens korang terdiri daripada orang UMNO... Korang sertai pakatan rakyat korang silap sebab diorang tak pernah sokong perjuangan seni korang.
Korang sedar tak? Bila korang naik.. Aku boleh terikut2 dengan aktiviti seni korang.. Abby, gerak khas yang ko lakonkan tu memang best... Ko ada aura tersendiri dalam telemovie tu.. Tapi mana kredibiliti ko bila watak Inspektor Aleeza tu ko hina balik dengan mengutuk anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu?
Lepas ni aku tak tahu apa rancangan korang bila menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Aku sendiri bekas penyokong PAS masa umur aku 15 tahun. Masa tu Tahun Anwar Masuk ISA.... Tapi aku boleh menilai secara matang siapa betul dan siapa salah...
Ulama dalam PAS diperlekehkan, korang pulak disanjung tinggi... Selama ni sebarang konsert selibriti diharamkan kat Kelantan... Bila korang menguasai PAS nanti, jangan la korang menghalalkan apa yang telah diharamkan. Aku takut akidah PAS terpesong je bila korang berkuasa nanti. Korang kena ingat... Korang sendiri dah memesongkan akidah audiens korang... Kalau yang haram tu korang halalkan, habislah... Bawak dosa free je sepanjang zaman... Aku tengok dalam PAS sekarang ni suara ulama dah diketepikan, suara korang je yang kedengaran... Korang kena ingat, pengetahuan ulama tu sanad dari Rasulullah S.A.W. ..... Diorang bukan sekadar tukang ubat orang sakit, tukang ceramah di masjid.. Diorang pelaksana syariat agama Islam. Bukan korang.... Fatwa korang tak patut diterima, korang bukan ulama.
Aku mintak korang bertaubatlah... Cukup dengan dosa yang korang dah lakukan... Jangan sebab setitik susu ustazah buah... Rosak susu lembu sebelanga....
No comments:
Post a Comment