Macam tak logik je cerita ni tapi mungkin ia satu kebetulan mahupun telah dijanjikan Tuhan apabila sebaik sahaja satu majlis doa bagi memadamkan sumpahan penjajahan British ketika dalam bulan Januari lalu yang diadakan bertempat di Marina Island. Didalam majlis tersebut yang dihadiri oleh sejumlah pendekar, Ahlul Bait Rasulullah S.A.W. serta waris keturunan Megat Terawis bertujuan memberikan kemerdekaan mutlak kepada seluruh Tanah melayu dari segi kebebasan hidup serta budaya barat yang dicengkam ke dalam tanah melayu.
Lafaz doa dari sebuah maahad dan selawat diikuti dengan lafaz Hizib Bahar dilakukan serta upacara menikam laut Pangkor sebagai simbolik mematikan sumpahan British tersebut.
Apa yang diketahui ialah perjanjian Pangkor tidak akan terlerai selagi berjalannya Bulan dan Bintang telah menguatkan lagi bahawa wujudnya satu sumpahan perjanjian yang sukar dileraikan hingga kini.
Aku menjangkakan bahawa akan berlaku sedikit perubahan selesai majlis tersebut namun masih tiada apa yang berlaku sehinggalah tibanya berita serangan Sulu keatas Sabah.
Namun aku tetap berharap agar Sabah tetap selamat dari ancaman musuh.
-Ahlul Bait (Parang Pedang)-
No comments:
Post a Comment