Saturday, March 23, 2013

10 ahli PCT tertembak dan mati. Termasuk wartawan perang Sekupang Dua.


Hari ni detik bersejarah bagi 10 orang pejuang siber Perak Cyber Troopers atau lebih dikenali dengan nama PCT. Mereka antara yang terkorban bersama puluhan pejuang lain. Kelihatan kesan tembakan yang mengenai mangsa serangan.

Antara mangsa tembakan termasuklah Sekupang Dua anak Pak Ya selaku wartawan perang. Kedudukan kawasan perang yang agak terbuka menjadi punca tewasnya pejuang-pejuang ini. Selaku wakil kepada blogger Parang Pedang yang turut terkorban dalam perang Paint ball ini. Aku turut bersedih kerana seluar Parang Pedang turut terkoyak dan lebam-lebam timbul ditembak sebelum marshal Paint Ball mengisytiharkan pasukan lawan menang.

Tahniah kepada semua peserta permainan Paint ball yang terlibat....




No comments: