Buat penyokong karat Pakatan Rakyat... Aku nak tanya kat korang sikit pasal pendapat korang tentang standard umur baligh antara parti PAS dengan standard IFC milik Ambiga.
Aku ingat lagi masa aku tingkatan tiga dulu, aku didatangi oleh seorang lelaki yang jauh lebih tua dari aku. Dia hulurkan borang keahlian PAS pada aku untuk menyertai parti Katak ni. Tapi sori la, masa tu aku tengah belajar lagi.. So aku tak pedulikan apa yang dia suruh tu. Dia cakap lagi kat aku, "ko ni dah baligh dah, tak payah tunggu umur 18 tahun" .... Tapi aku balas balik yang aku ni nak PMR masa tu.. Perkara tu pun berlalu macam tu jer..
Dalam Islam, ketika keluar dari perut ibu, maka kita selaku ayah akan melaungkan azan, umur 7 tahun perlu belajar solat, umur 10 tahun wajib bersolat dan umur 15 tahun umur baligh.
Tetapi baru baru ni bila IFC meletakkan umur baligh bagi seorang remaja ialah 18 tahun, aku faham sebab kita ikut standard antarabangsa. Cuma yang aku tak faham ialah macam mana PAS boleh terima standard antarabangsa yang menjadi pegangan IFC tu?
Yang menjadi isunya ialah apabila IFC menuntut umur baligh baru boleh pilih agama, PAS pula menyokong IFC. Bagaimana nilai-nilai Islam dapat diterapkan jika pada usia 18 tahun baru boleh pilih agama?
Aku disini cuma nak ceritakan bagaimana liciknya IFC dalam mempengaruhi pembangkang terutamanya PAS.. Memang betul UMNO meletakkan usia 18 sebagai standard baligh... Tapi bukan dalam soal agama dan bukan pula dalam soal sosiobudaya... Cuma dalam soal berurusan dengan pihak lain dan soal membuat keputusan sahaja.
Sayangnya IFC mempergunakan alasan standard 18 tahun ini untuk urusan keagamaan... Memang menjadi satu ancaman buat kita semua.. Tambah pula jika PAS yang ber'ikon'kan Islam memberikan sokongan padu kepada IFC ini atas tiket pembangkang.
Selaku umat Islam, didiklah anak kita dengan penerapan moral dan nilai keIslaman agar mereka tidak tercicir ke tangan tersembunyi IFC yang mahu memurtadkan mereka.
No comments:
Post a Comment