Aku hairan... Cukup hairan.... Aku pernah dengar doa dari pemimpin PAS... Lebih kurang macam ni doanya....
" Ya Allah, Engkau hancurkanlah UMNo dan BN kerana zalimnya mereka dan kufurnya mereka. Dan berikanlah kemenangan terhadap Islam"
Lepas tu ada pulak yang 'Amin!!!'.... Lembu mana yang aminkan doa tu?
Aku ada satu soalan pada mereka yang aminkan doa tersebut... UMNO ni tak Islam ke? Cuba cerita kat aku sikit.... Tang mana tak Islam tu? Aku pun hairan jugak.... Kerajaan UMNO bangunkan Masjid seperti sunnah Rasulullah masa mula-mula hijrah dulu.. Kerajaan UMNO bina sekolah agama rakyat untuk kelas pengajian fardhu ain dan fardhu kifayah... Kerajaan UMNO bina institusi jabatan syariah bagi urusan kebajikan umat Islam negara ini. Undang-undang kehakiman syariah diwujudkan bagi urusan agama Islam dan adat Istiadat... Kerajaan UMNO mewujudkan pecahan pentadbiran berlandaskan syariah bagi memudahkan pelbagai urusan bermula dari pentadbiran hingga kepada urusan kewangan...
Tapi apa yang PAS definasikan UMNO sebagai kufur? Adakah UMNO tak pertahankan kalimah Allah? Adakah UMNO menentang kewujudan IFC? Adakah UMNO tidak membelanjakan harta zakat bagi kegunaan orang kafir? Apakah ini tanda UMNO kufur?
Nak cakap bab hudud? Itu sebab UMNO kufur? Apakah Islam kalau cerita bab hudud saja? Biar aku cerita apa tu hudud..... Hudud adalah satu perlaksanaan hukuman bagi yang melanggar hukum Allah. Perlaksanaan hukuman ni tak boleh lebih had dan tak boleh kurang had hukumannya.. Rasulullah sendiri menyuruh kita "mencegah" kemungkaran itu dari berlaku terlebih dahulu....
Soalannya... Adakah PAS telah mengambil langkah mencegah kemungkaran? Rogol, samun, bunuh... Kelantan masih kuat dari segi statistik jenayah ni... Kenapa tak cegah? Kenapa nak terus potong tangan? Kenapa nak terus pancung? Kenapa nak terus sebat? Jika nak letakkan hukuman bagi perogol... Apa panduannya? 4 saksi yang adil ? Betul, 4 saksi yang adil... Nak ke perogol tu buat tayangan amal masa merogol? Tentu dia buat ditempat tersembunyi... Kalau nak ikutkan DNA, itu dah diluar jalan syariah... Disini lah satu konsep keadilan yang kerajaan Malaysia dah wujudkan dan ini pernah dilaksanakan oleh Sayidina Umar.. Membuat pemeriksaan menerusi siasatan dan logikal... Kerajaan UMNO telah mengambil konsep ini sebagai jalan alternatif membela pihak yang teraniaya.. Bukan jalan hudud je korang boleh laksanakan hukuman..
Kafir ke UMNO? Korang fikir sendiri la bila kerajaan UMNO beriya-iya melaksanakan Maulidur Rasul, Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS berkata... maulidur Rasul tidak akan dilaksanakan di Kelantan sebab nak utamakan Nuzul Quran... Kenapa tak buat dua-dua sekali?
Kafir ke UMNO ? Rumah anak yatim diberikan kebajikan tajaan sepenuhnya oleh kerajaan UMNO. Sedangkan rumah anak yatim tajaan PAS disuruh mengutip derma dan menjual ubat demi menampung kos sara diri anak yatim tersebut walhal sepatutnya waktu mereka mengutip derma itu merupakan waktu mereka menuntut ilmu pengetahuan menelaah buku sekolah.
Kita ungkap balik doa orang PAS seperti yang dibaca oleh mereka tadi....
" Ya Allah, Engkau hancurkanlah UMNo dan BN kerana zalimnya mereka dan kufurnya mereka. Dan berikanlah kemenangan terhadap Islam"
Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir sendiri tidak mahu bergabung dengan PAS... Apatah lagi UMNO.... Mana Islam dalam perjuangan PAS?
Korang fikirlah betul-betul.......
No comments:
Post a Comment