Wednesday, March 27, 2013

ANWAR AKAN MENDARAT DI PERAK?

Aku dapat khabar Anwar akan bertanding di Perak dalam PRU kali ni... Betul ke? Kalau betul dia nak bertanding disini.... Bahagian mana? Gopeng  atau Ipoh Timur? Kenapa dua kawasan ni yang aku sebut? Yang aku tahu, pengaruh Anwar dikalangan pengundi melayu telah hilang majoritinya. 

Yang tinggal cuma pengaruh bukan melayu saja kerana perjuangan Anwar lebih condong kepada mereka. Tetapi berita ni masih belum disahihkan lagi.. Lim Kit Siang dah tinggalkan Ipoh Timur kerana nak bertanding di Johor. Sebab tu aku terfikirkan Anwar akan bertanding di Ipoh Timur.

Kenapa aku terfikirkan Gopeng jugak? Kita tahu bahawa Parlimen Gopeng terdiri daripada pengundi majoritinya bukan melayu. Dua pertiga kerusi DUN dalam Parlimen Gopeng terdiri daripada wakil rakyat Cina iaitu DUN Teja dan DUN Simpang Pulai. Ini memungkinkan Lee Boon Chye iaitu PARLIMEN Gopeng akan ditukar ke Ipoh Timur manakala Anwar pula mengambil alih tempat wakil Rakyat itu di Gopeng.

Ini cuma berita.. Kita cuma nampak buah catur bergerak saja, bukan minda pemain yang sedang berfikir. Ini sekadar langkah awal dari hasil langkah pertama percaturan Anwar. Selebihnya korang boleh fikir sendiri. Aku cuma bukak jalan jer.. Kalau betul la Anwar nak bertanding di Perak... Cuma satu jer ucapan "jaga-jaga.... Makhluk asing sudah mendarat"..

No comments: