Sunday, March 10, 2013

Peniaga pro PKR buat kacau di Karnival BN dan NGO

Aku tengok mamat ni silap tempat, silap masa dan silap gaya.... Kenapa aku kata dia serba silap? Selaku urus setia yang dah setengah mati penat menguruskan Karnival BN, peniaga ni patutnya faham keadaan para petugas.

Segala urusan program karnival berjalan dengan lancarnya tanpa ada sebarang masalah. Tetapi yang menjadi masalah ialah seorang peniaga ni. Konon-kononnya nak tunjuk hero dengan kawan-kawannya.... Dia je la yang boleh berdepan dengan urus setia untuk menuntut keadilan... Tapi dengan orang lain boleh la dia buat perangai.

Aku tak tau apa benda yang dia jual kat pondok jualan tu, tapi mengikut dakwaannya... Dia mengalami kerugian kerana tiada pelanggan ke gerai jualannya... Lepas tu dia pergi pakat dengan semua peniaga gerai tu untuk tuntut semula wang sewa gerai. Dikumpulkan segala tandatangan peniaga dan meminta bayaran balik diberikan... Tapi yang hairannya bila ditanya balik tentang tandatangan tu, mereka kata mamat tu yang bagi tau bahawa pihak urus setia yang minta tandatangan para peniaga untuk pulangkan wang... Tapi tindakan mamat berkenaan kantoi apabila ada tandatangan tersebut yang ditulis sendiri olehnya... Kebetulan pula hampir semua peniaga tersebut adalah rakan baik kepada salah seorang urus setia hingga terbongkarnya komplot mamat berkenaan...

KANTOI.....

No comments: