Kalau dah terkepung tu, memang sengsara sang pengganas ni. Berapa lama sangat mereka mampu bertahan.. Jika ada bekalan makanan pun, ia takkan kekal. Ini sahaja jalan untuk mereka menyerah diri.
Ia akan jadi satu penderitaan buat mereka jika tidak mendapat bekalan makanan langsung. Cukup sahaja tiga hari jika mereka tak makan langsung maka badan mereka akan terus lesu. Kekuatan mereka akan hilang terus dan memberikan peluang anggota keselamatan kita bertindak.
Khabar angin bahawa mereka semakin banyak masuk ke sini adalah khabar angin yang harus kita lupakan. Sokongan dunia hanya kepada kita sebagai sebuah negara berdaulat. Sulu hanya ibarat lanun yang cuba menyamun kita dan merampas apa yang telah menjadi milik kita.
Aku yakin, selepas ini Pemberontak Sulu akan menyerah diri dan mengisytiharkan pasukan mereka telah tewas kepada kita. Segala khabar angin yang disebarkan terutamanya oleh pembangkang cuma sekadar ingin menakutkan kita dan tak ubah seperti menyuakan seekor lipas.... Sememangnya ia satu langkah psikologi pembangkang untuk mengkucar kacirkan keadaan....
Apa yang dapat kita simpulkan ialah, jangan dengar khabar angin bahawa semakin ramai pemberontak yang datang.... Yang sedia ada pun takkan mampu bertahan lagi kerana anggota keselamatan kita mempunyai taktikal yang baik.
Yang terkorban itu telah sampai panggilan Ilahi seperti yang dijanjikanNya. Kita hanya merancang, Allah jua keputusan segalanya..
No comments:
Post a Comment