Thursday, March 28, 2013

KERAJAAN SEMENTARA... APA KATA PEMBANGKANG?

Kita sedia maklum, pembangkang memang kuat cemburu dengan apa yang dimiliki oleh BN. Mungkin sebab kejayaan BN yang berjaya meraih sokongan ramai pihak. Apabila pembubaran DUN secara automatik berlaku, sedang pengisytiharan pilihan raya belum diumumkan... Maka secara automatik kerajaan sementara diwujudkan bagi menggalas tugas buat sementara menanti detik pilihanraya.

Tetapi kit sedia maklum bahawa Pembangkang pasti akan kurang senang dengan kerajaan sementara ini memandangkan mereka beranggapan bahawa mereka yang sepatutnya menggalas kuasa.

Pembangkang mesti sedar, mereka tetap tidak akan berkuasa jika BN kekal memenangi kerusi pilihanraya. Jadi aku cuma boleh katakan disini... JANGAN MIMPI LA. Kenapa perlu gila kuasa jika jasa bakti tidak pernah ditaburkan. Kalau pegang kerajaan sementara pun, bukannya boleh buat duit. Tunggu saja la pilihan raya umum yang bakal diumumkan nanti......

No comments: