Saturday, March 16, 2013

Sabah kaya dengan mineral kuprum, emas dan arang batu.

Kalau kita lihat dari sudut geografi, Negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil mineralnya. Kuprum (tembaga), emas dan arang batu merupakan hasil galian utama yang terdapat disana..

Kita semua tahu bahawa emas merupakan satu jenis logam yang amat mahal dan sering berubah nilai harganya menyebabkan ia menjadi rebutan. Begitu juga dengan kuprum atau tembaga yang amat penting dalam industri kejuruteraan elektrik. Ini adalah kerana tembaga merupakan konduktor terbaik bagi pengaliran arus elektrik dan harganya turut berubah mengikut nilai pasaran. Arang batu pula sangat bernilai disabah kerana ia berfungsi sebagai sumber utama bahan bakar bagi menjana tenaga elektrik.

Disebabkan Sabah mempunyai sumber mineral paling bernilai ini mungkin menjadi punca beberapa negara luar cuba menuntutnya sebagai negeri taklukan mereka.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus menghargai Sabah kerana bukan sahaja negeri tersebut sebagai sebahagian dari kita , malah sumber mineralnya turut menjadi keperluan utama negara... Siapa yang suruh Malaysia serahkan Sabah kepada Sulu... Apa kata kita yang serahkan dia untuk jadi warga penduduk Sulu.....







No comments: