Singapura bukan jauh sangat dengan Johor pun. Tambahan pula ramai warga bukan bumiputra bekerja di Singapura dan menjadi warganegara Malaysia. Perkara ni tak boleh diambil ringan oleh para pemimpin UMNO Johor.
Kita ambil satu contoh di Perak, taktik memindahkan pengundi ke satu kawasan bagi memecahkan kubu pertahanan parti adalah satu lumrah. Kenapa Lim Kit Siang pergi ke Johor? Bukan Pulau Pinang, KL atau negeri lain? Kita kena faham, siapa pemimpin utama Singapura? Dana bantuan kempen mudah didapati jika berhampiran dengan Johor yang bersempadan dengan Singapura.
Begitu juga dengan bantuan lain seperti bantuan am untuk berkempen. Ditambah pula dengan hampirnya Lim Kit Siang dengan Lee Kuan Yew maka mudahlah manual PAP sampai kepada DAP menerusi dua pemimpin ini. Aku dah baca rentak diorang ni sebab matlamat Singapura semakin dekat apabila percaturan sebegini dibuat.
Aku mengagak bahawa akan terjadi perpindahan mendadak pengundi luar ke Johor selepas Lim Kit Siang berada disini. Memang banyak pengundi yang menyokong UMNO disini, tapi kita jangan leka.... Kita berdepan dengan api kecil yang cuba membakar daun kering.
Anwar pula mungkin akan turun ke Perak sama ada menggantikan tempat Lim Kit Siang atau ke Gopeng menggantikan wakil rakyat gopeng yang mungkin turun ke Ipoh Timur nanti... Ini game yang sangat kritikal buat kita semua. Ia melibatkan dua buah negeri pegangan kukuh UMNO.
Perak satu-satunya negeri yang berjaya counter attack selepas beberapa bulan dijajah pembangkang. Itu pun tipis peluangnya.
Korang kena faham, pembangkang telah mula menukar taktik perangnya. Aku tak sanggup pentadbiran Putrajaya bertukar tangan. Fahami maksud Dato Seri Najib, pertahankan Putrajaya bukan bermaksud jaga putrajaya saja... Tapi seluruh kawasan parlimen dan DUN... Ni aku tengok perayu undi tak bergerak lagi, apa yang pengundi nak cuma perhatian dari kita... Bawak la buku nota dengan pen.. Catit apa diorang nak... Itu je..
Berbalik kepada cerita Lim Kit Siang tadi. Aku dah nampak target yang dibuat oleh Lim Kit Siang ni bila dia dah letakkan kekuatan dia di Perak dan Pulau pinang (menerusi anaknya) .... Kemudian dia akan cari Johor sebagai platform perhubungan PAP dan DAP.... Apa tindakan korang bila tahu hal ni? Nak diam je?
No comments:
Post a Comment