Bila kita dapat tahu Lim Kit Siang nak beralih arah ke Johor sebagai tempat bertandingnya yang baru. Ramai yang membayangkan bahawa jejak-jejak Lim Kit Siang akan terus segar bugar dikalangan penyokong DAP. Mungkin ke? Aku pun tak pasti sangat... Tapi korang kena tahu bahawa selangkah angin politik berubah maka akan membawa kesan kepada dunia politik negara kita. Itu benda yang tak dapat kita nafikan.
Sama juga dengan situasi yang dihadapi oleh Ipoh Timur berkenaan dengan perpindahan Lim Kit Siang dan siapa pula bakal penggantinya? Adakah Anwar Ibrahim yang dikatakan akan meninggalkan Permatang Paun dan bertanding di Perak? Adakah calon PKR akan mengambil alih atau mungkin juga calon DAP yang paling berpengaruh selepas LimKit Siang? Inilah permainan catur pembangkang....
Bagai mana pulak dengan kekuatan DAP Ipoh Timur? Masih kuatkah pengaruh DAP Ipoh Timur selepas ketiadaan Lim Kit Siang? Apa yang kita tahu, Ipoh Timur hanya kuat dengan adanya Lim Kit Siang saja. Apa pula peluang BN di Ipoh Timur? Adakah jentera kita sudah dimulakan disana? Pada aku, jika dalam satu peperangan tu... Orang akan tengok panji-panji perang pasukan terlebih dahulu... Sudah tumbang atau tidak.. Diikuti pula oleh jeneranya.. Sudah matikah atau sudah lari... Penentuan terakhir ialah sejauh mana kekuatan pasukan yang tinggal..
Dalam game perang diIpoh Timur ni sudah jelas jeneralnya dah lari.. Cuma perlu tumbangkan panji-panjinya saja untuk lemahkan kekuatan pasukan.. Mana jeneral BN? Mana panji-panji BN dan mana pasukan jentera BN di Ipoh Timur.. Jom kita gerak sekarang sebab pemimpin pembangkang Ipoh Timur dah lari.... Kita takluk Ipoh Timur..
No comments:
Post a Comment