Monday, February 14, 2011

Keterangan mengenai negara Islam

Islam yang diturunkan Oleh Allah Subhana Wa Taala melalui Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam dengan perantaraan Jibril Alaihi Salam bukanlah sekadar anutan agama semata-mata tetapi merangkumi pelbagai aspek kehidupan didalamnya. Malah melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan kita merupakan suatu kewajipan sesuai dengan firman Allah Subhana Wa Taala yang bermaksud:

"Jika kamu tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, nescaya akan berlaku kekacauan dan kerosakan besar dimuka bumi ini" (surah Al-Anfal ayat 73.

merujuk kepada ayat diatas, apa yang dimaksudkan bukan sahaja sekadar peraturan Allah dalam soal pentadbiran semata-mata. Malah ia juga turut meliputi aspek moral dan keimanan dalam jiwa hambanya.

Dalam membentuk sesebuah negara Islam, ia hendaklah dimulakan dengan diri seorang hamba itu terlebih dahulu. Ia perlu dimulakan dari moral seorang pemimpin terlebih dahulu kemudiannya diserapkan ke jiwa rakyat. Untuk menjadikan negara Islam, beberapa orang Ulama' telah menghuraikan ciri-cirinya mengikut beberapa kaedah yang telah dipersetujui oleh jumhur Ulama'.

Negara Islam dimata Sheikh Muhammad Abu Zuhrah menyatakan bahawa ciri-ciri sesebuah negara Islam ada dua perkara iaitu sistem pentadbirannya serta kekuatan ketenteraannya berada dibawah pemerintah Islam. Disini jelas menunjukkan bahawa kekuatan Islam dalam sesebuah negara terletak pada kaedah pentadbiran serta pertahanan.

Pada pendapat seorang tokoh mazhab Imam hanafi iaitu Sheikh Muhammad Ibni Hassan Al-Syaibani mengatakan Negara Islam bermaksud keamanan bagi orang Islam yang diperintah oleh orang Islam. Ini bermaksud selagi negara tersebut diperintah seorang yang beragama Islam dan penduduk Islam dinegara tersebut masih mampu bergerak dengan aman maka negara tersebut telah diiktiraf sebagai negara Islam.

Imam Syafie Rahmatullahi Alaihi pula menyatakan bahawa Negara Islam ialah sebuah negara yang asalnya sebuah negara Islam tetapi ditewaskan oleh negara kafir. Ini menunjukkan bahawa negara Islam diiktiraf walaupun pernah mengalami zaman penjajahan oleh bangsa kafir.

Jelas apa yang diperkatakan disini bahawa negara Islam bukanlah bermakna perlaksanaan hukumnya semata-mata tetapi ia bermaksud keamanan dalam melaksanakan aktiviti agama Islam serta kebebasan melakukan ibadah tanpa diganggu gugat oleh orang kafir.

Oleh yang demikian bagi persoalan Parang pedang, apakah sekadar melaksanakan hukum hudud tanpa mengambil kira faktor-faktor lain sudah memadai untuk membentuk sebuah negara Islam? Dalam melaksanakan hudud, perlulah mengambil kira urusan lain supaya tiada sikap sebelah dalam melaksanakannya.

Jauhi diri dari menyambut hari kekasih

Sesuai dengan dasar perjuangan UMNO dalam mempertahankan Agama, Bangsa serta Tanah Air, pada artikel kali ini Parang Pedang ingin menyampaikan nasihat buat anak melayu beragama Islam supaya beringat-ingat akan maruah dan harga diri dari keterlanjuran ekoran terikut-ikut pada budaya sambutan hari valentine. Sayang sekali jika maruah yang ada diserahkan begitu sahaja tanpa ada ikatan sah sebagai suami dan isteri.

Parang Pedang tahu sikap anak bangsa yang suka mencuba sesuatu yang baru hinggakan terleka akan baik buruknya sesuatu perbuatan itu. valentine Day bukanlah datang dari ajaran Baginda rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam, bahkan ia juga tidak pernah diajar oleh Nabi Isa Alaihissalam. Ia datang dari pengikut kristian yang telah sesat dari jalan yang diajarkan.

Amat menyedihkan hati apabila tarikh sambutan Hari Valentine ini bersebelahan dengan tarikh Sambutan Maulidur Rasul dan sudah pastinya bagi siapa yang kurang pegangan agamanya maka sambutan hari Valentine diraiakn lebih meriah berbanding Sambutan Maulidur Rasul.

Hari ini sahaja laporan berita di televisyen menyampaikan maklumat berkenaan operasi cegah maksiat dan beberapa tangkapan dibuat dihotel. Sangat memalukan anak bangsa kerana kelihatan anak gadis bertudung ditangkap khalwat bersama orang bukan Islam. namun begitu Parang Pedang bersyukur kerana rasa keprihatinan timbul dijiwa penjawat awam yang bertugas membuat tangkapan. Lebih baik bertindak sebelum berlakunya perbuatan sumbang yang lebih teruk lagi.

Akhir pesanan dari Parang Pedang, jadikan islam sebagai landasan hidup dan berpegang teguhlah pada islam kerana ia satu-satunya pembimbing ke jalan yang diredhai Allah Subhana Wa Taala. Insyaallah.

Salam Maulidur Rasul

Esok merupakan suatu detik mengenang kembali saat kelahiran Junjungan Besar Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam ke dunia. mengingati kembali perjalanan hidup baginda sejak dilahirkan dengan diiringi beberapa perkara mukjizat. Api di biara majusi yang dihidupkan sejak sekian lama tiba-tiba terpadam, keruntuhan istana Kisra Parsi. Diikuti pula dengan cahaya putih menerangi kota Mekah. Kelahiran baginda disambut oleh seluruh alam, bahkan bapa saudara baginda yang memusuhi baginda dihari dewasa baginda juga turut memerdekakan hamba demi menyambut kelahiran Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam.

Parang Pedang ingin mengajak saudara sahabat sekalian agar bersama-sama mengucapkan selawat dengan sebanyak-banyaknya dan senantiasa mengingati perjuangan baginda dalam menyebarkan syiar Islam. Bagindalah yang menjadi teraju kepada pembangunan tamadun manusia melalui Hadis dan kitab Al- Quran yang disampaikan dari Allah Subhana Wa taala.

Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam menyeru kepada kita umat islam agar saling berkasih sayang dan menghormati sesama muslim tanpa mengira pandangan serta ideologi politik. Rasulullah juga menekankan bertapa pentingnya penyatuan umat agar tidak terpedaya dengan ancaman orang kafir. Apakah kita masih berpegang kepada pesanan baginda?

Sunday, February 13, 2011

Pesanan buat Parti Islam Global di Malaysia.

Taktik PAS nampaknya kali ini lebih menjerumus ke arah penambahan jumlah pengaruhnya dari parti politik global setelah tiada tempat mengadu nasib didalam dunia politik negara sendiri. Dengan berbekalkan nama parti Islam ( hanya atas nama ), mereka telah mula menyeru nama-nama parti politik global agar memberikan sokongan kepada parti mereka. Beberapa bulan dahulu Parang Pedang dapat maklumat bahawa PAS telah melakukan lawatan rasmi ke pejabat parti politik tersebut dengan tujuan meraih simpati agar sokongan diberikan kepada mereka.

Parang pedang tahu bahawa parti politik global tersebut memperjuangkan Islam. Tapi apa yang Parang Pedang kesalkan ialah sikap mereka yang terikut-ikut pengaruh PAS dengan meletakkan hukum bahawa UMNO adalah parti Imperialis. Tanpa mereka sedari bahawa rahsia pakatan rakyat yang disertai oleh PAS sebenarnya diketuai oleh Parti Kafir yang memperjuangkan dasar=dasar pemikiran Mustafa kamal Attartuk bahkan lebih teruk lagi, mereka memperjuangkan kerajaan sekular secara total.

Harapnya Parti Islam Global tersebut dapat berfikir secara mendalam baik buruknya tindakan mereka secara terburu-buru. Bukan apa, Parang Pedang cuma taknak tindakan sebegini mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia aman. fikirkanlah tentang masa depan Islam jika negara dikuasai oleh orang kafir. Jangan sampai kita terpaksa solat secara bersembunyi nanti.

akan datang : keterangan mengenai negara Islam dan apakah ciri2 negara Islam dari kaca mata para Ulama'.

Tahun Tandas Bersih oleh PAS


Inilah yang Parang Pedang Dengar dari seorang kawan yang memang cukup kuat dengan Parti Panadol di Kelantan. Mungkin ada yang pernah dengar nama Dr. Lo'lo iaitu salah seorang orang kuat muslimah PAS. Beliaulah yang menyarankan agar tema bagi negeri Kelantan ialah "kita jadikan tahun ini Tahun Tandas Bersih". Mengapa mahu dimalukan Kelantan sebegitu rupa? Adakah rakyat kelantan dicop oleh PAS sebagai pengotor?
Kepada rakyat kelantan, fikir-fikirkanlah apa yang dikatakan oleh Dr. Lo'lo bukanlah suatu saranan tetapi ia merupakan kata-kata sindiran untuk rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Salam Takziah untuk ADUN Kerdau, Pahang.

Parang Pedang ingin mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia pada 6.30 ptg 12 Februari 2011. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama insan-insan yang beriman. Amin Ya Allah.

Al- Fatihah.

Perbetulkan Niat Sebelum Menyertai UMNO.

Parang Pedang baru balik dari berjumpa dengan salah seorang ahli UMNO Cawangan yang juga merupakan senior Parang Pedang sendiri. selama satu jam setengah duduk bersama beliau sudah cukup memberikan suatu kesedaran besar terhadap daya pemikiran Parang pedang. Mungkinkah sesetengah ahli UMNO menyertai Parti ini hanya semata-mata untuk mendapatkan projek atau peruntukan? Atau mungkinkah juga atas dasar keikhlasan jiwa? Itulah yang diluahkan oleh sahabat Parang Pedang berkenaan isu mentaliti orang yang menyertai UMNO. Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabat Parang Pedang ini kerana kebanyakan ahli UMNO yang Parang Pedang taja hanyalah semata-mata untuk mendapatkan projek serta kemudahan melalui peruntukan dalam parti sahaja. Tidak adakah sedikit pun keikhlasan dalam jiwa mereka untuk mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air apabila menyertai parti ini?

Kadang kala Parang Pedang merasakan bahawasanya mengambil ahli baru ini seperti membebankan diri Parang Pedang saja kerana terpaksa menanggung tuntutan dari orang sebegini. Masih ingat akan kata-kata Sukarno (bekas Presiden Indonesia) "berikan aku 10 orang pemuda, nescaya aku akan mengangkat dunia". Dimanakah sepuluh orang itu? adakah perlu Parang Pedang mengambil 100 orang yang merosakkan dunia? Memang mendalam terasa diri ini diperlekehkan oleh ahli yang baru masuk UMNO hanya sekadar inginkan kemewahan parti sahaja.

Apa yang Parang Pedang harapkan dari mereka yang mahu menyertai UMNO adalah membetulkan niat asal mereka menyertai parti. Bukan apa, khuatir jika perjalanan diri dalam parti akan menemui kekecewaan bila hajat tak tercapai. jadilah orang yang ikhlas untuk memperjuangkan Agama Bangsa serta Tanah Air. Bukan mengejar projek mahupun peruntukan dari parti. Jangan terlalu selesa makan bersuap, tidur bertilam empuk kerana semua itu hanyalah sementara sahaja.

Perbetulkan mentaliti kita terhadap parti. Seperti yang sahabat Parang pedang katakan kepada diri ini supaya menjadikan diri kita nilai yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit, bukan harga maruah yang boleh dibeli dengan harta dan wang.

Friday, February 11, 2011

Penyatuan semua kaum oleh Pakatan Rakyat. Sejauh mana kemampuan mereka?

Kita semua tahu bahawa penyatuan semua kaum di Malaysia telah dimulakan oleh UMNO melalui kaedah 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun razak. Kaedah yang digunapakai ini telah mula menarik minat rakyat terhadap keprihatinan Barisan Nasional bahawa bertapa perlunya perpaduan semua kaum di Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang mengamalkan sikap saling bertoleransi antara satu sama lain.

Dalam membangukan sesebuah negara, seharusnya kita mengenepikan sikap mementingkan diri sendiri. Seperti apa yang kita lihat pada dasar parti pembangkang, mereka lebih mengutamakan kelompok mereka sendiri tanpa mengira kepentingan kaum lain. Secara jelasnya kita melihat pakatan pembangkang hanyalah sekadar simbolik dalam penyatuan parti mereka seperti yang telah diulas oleh Parang pedang sebelum ini. Dari sudut penyatuan sebenar, mereka tidak mampu membentuk sebuah ikatan parti seperti yang BN lakukan sejak sekian lama sebelum merdeka.

Bercakap mengenai isu perpaduan oleh Pembangkang, Parang Pedang ingin suatu jawapan tentang kemampuan mereka untuk melaksanakannya. Seperti yang BN lakukan, penyatuan dilakukan dengan kerjasama semua parti komponen dengan ikatan bersama oleh parti induk. UMNO, MCA, MIC, PPP serta beberapa parti komponen yang lain duduk semeja atas nama Barisan Nasional. Inilah rahsia yang menjadikan semua kaum saling bertolak ansur tanpa ada bantahan.

Berbanding pula dengan pakatan Rakyat yang berdiri tanpa ada nakhoda yang mentadbir sebuah bahtera Pakatan Rakyat. Apakah kesannya keatas pelbagai parti yang berlayar tanpa pengemudi? Sudah pasti antara parti tersebut saling berebut kuasa dan akhirnya karam. Lihat sajalah contoh yang terjadi semasa dahulu hingga kini. Ketika dahulu Semangat 46 dan PRM (Parti Rakyat Malaysia) merupakan parti yang aktif bersekutu dengan PAS, kini hanya tinggal sejarah. PKR yang pada awal penubuhannya bergabung dengan PAS dan DAP kini telah mula kehilangan kredibilitinya apabila beberapa orang pengikut awal telah meninggalkan parti tersebut. Kita lihat pula PAS dan DAP yang mempunyai dasar yang berbeza dimana PAS memperjuangkan Islam manakala DAP memperjuangkan demokrasi republik hinggakan mereka seringkali bertelagah.

Itulah yang menjadi persoalan mengapakah mereka mengatakan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyatukan semua kaum sedangkan antara parti mereka saling bergolak. Parang Pedang ingin mengajak para pembaca blog memikirkan sejauh manakah kemampuan mereka untuk mencapai suatu prestasi seperti yang sedang dilakukan oleh Barisan Nasional. Apa pun yang mereka laungkan mengenai kemampuan serta janji mereka, terpulanglah kepada anda semua. Kepimpinan yang baik datang dari parti yang profesional dan stabil.

Wednesday, February 2, 2011

Mohon makluman semua : mencari orang yang hilang.

ORANG HILANG : Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan Adik Nurul Atiqah binti Naim yang dilaporkan hilang pada 17 Disember 2010 di Kg Sri Keramat, Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Usaha mencari Adik Nurul Atiqah telah diusahakan oleh keluarga termasuk mencari beliau di rumah kenalan dan saudara mara tetapi m...asih menemui jalan buntu.

Nama : Nurul Atiqah binti Naim
No. KP : 940417-08-5450 (Umur 16 Tahun)
Tinggi : 5 kaki
Badan : Sederhana
Kulit : Cerah

Sekiranya anda mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Adik Nurul Atiqah, sila laporkan ke balai polis yang berhampiran atau hubungi INSP Wan Mohd Hafizi bin Wan Hanafi di talian 017-980 7080 atau Ibu Pejabat Daerah Ipoh di talian 05-245 1500. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

untuk maklumat lanjut

Teguran 'mesra' untuk Anggota Polis Trafik Ipoh.

Pada artikel kali ini, Parang pedang secara peribadinya ingin menyampaikan rasa terkilan dengan sikap segelintir anggota Polis trafik Ipoh atas sikap kasar mereka. Pada hari ini, 2 Februari 2011 jam 1.30 petang, Parang Pedang sedang mencari tempat meletak kereta disekitar Jalan Sultan Idris Shah berhadapan dengan BSN dan Bank Muamalat Ipoh. Kebetulan dihadapan kenderaan parang Pedang ialah sebuah kereta Proton Wira yang hendak keluar dari tempat letak kerenderaan tersebut. Waktu sedang menanti keluarnya kereta tersebut, Parang Pedang telah didatang seorang anggota Polis Trafik pada waktu yang Parang sebutkan tadi.

Sememangnya Parang Pedang dah berikan isyarat kereta untuk menunggu kereta tersebut keluar dan mengambil sedikit masa. Sebagai menghormati anggota Polis Trafik tersebut, Parang Pedang sendiri membuka tingkap dan memberikan salam (Anggota Trafik Beragama Islam. Tanpa menjawab salam dan dengan kasarnya Anggota Trafik tersebut menengking Parang pedang menyuruh kenderaan yang dinaiki supaya jalan. Terkedu juga Parang Pedang bila ditengking begitu sedangkan orang ramai sekeliling melihat apa yang berlaku.

Apakah ini yang diajar oleh akademi Polis ke atas orang awam? Siapakah yang boleh menjawab segala apa yang telah berlaku? Parang Pedang masih boleh memikirkan tindakan lebih beradab dengan meminta maaf kerana memang salah parang Pedang sendiri atas sebab berhenti ditempat yang tak sepatutnya. tapi parang pedang bukan sengaja letak tanpa sebab. Memang parang Pedang nak meletakkan kenderaan ditempat tersebut dan menanti kenderaan yang mahu keluar dari tempat letak kereta berkenaan.

Rasanya biarlah Parang pedang rahsiakan nama, nombor anggota serta nombor plat motor anggota polis berkenaan demi menjaga nama baik anggota polis. Harapnya pihak atasan dapat menjaga nama baik serta tata tertib semua anggota polis dibawah mereka. Parang pedang faham faktor cuaca menambahkan lagi tekanan kerja mereka yang bekerja dibawah matahari terik, tapi jangan jadikan ia alasan unuk tidak bersikap sopan.



Kenapa motor-motor ini tidak disaman kerana meletakkan motor di tempat letak 'kereta'?

Helah serta taktik DAP yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar rakyat Malaysia.

Siapa sangka disebalik kekalahan PAS dibeberapa pilihanraya sebenarnya telah membuka ruang bagi PKR untuk menunjukkan taringnya di Merlimau. Namun begitu tanpa mereka sedari bahawa ada pandangan tajam sedang menunggu untuk membaham kedua-dua parti tersebut. Siapa lagi kalau bukan DAP, sebuah parti yang sangat terkenal dengan dasar republikannya. Semakin lama kekalahan dialami oleh PAS dan PKR maka akan semakin menurunlah kredibiliti perti tersebut dimata rakyat terutamanya yang bukan bumiputera. Dengan cara tersebut, maka DAP akan mendesak supaya diletakkan lebih ramai calon DAP dibeberapa kerusi Parlimen. Setelah pengaruh DAP menjadi kukuh maka mereka akan melaksanakan segala apa yang mereka impikan selama ini seperti yang Parang Pedang dah kupaskan pada artikel sebelumnya. Jadi, sebagai masyarakat yang matang seharusnya kita memikirkan tentang strategi mereka (DAP) yang begitu halus dalam menjalankan jarum mereka demi mencapai objektif selari dengan matlamat asal penubuhan mereka.

Tuesday, February 1, 2011

Bahaya DAP keatas umat Islam secara total serta apakah rancangan DAP disebalik pengaruh PAS dan PKR.


Seperti yang dijanjikan kepada para pembaca sebelum ini tentang artikel Parang pedang tentang tajuk yang akan dikupas berkenaan pakatan rakyat iaitu DAP, PAS dan PKR. Pada aritkel kali ini, Parang Pedang akan mengupas dengan lebih dalam lagi berkenaan komplot yang sedang dirancang oleh mereka apabila menguasai Malaysia nanti.

Istilah Pakatan rakyat atau pada waktu ketika dahulu lebih dikenali dengan nama Barisan Alternatif bukanlah suatu gabungan parti komponen seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Ia cuma sekadar suatu simbol bahawa rancangan mereka untuk menakluk Malayisa adalah dalam suatu saf seperti yang dilakukan oleh Barisan nasional. Namun begitu pada hakikatnya mereka masih tidak mampu duduk dalam saf yang sama disebabkan pandangan serta ideologi yang berbeza.

Kita semua sedia maklum bahawa dasr PAS, PKR dan DAP sangat jauh haluan masing-masing. PAS dengan perjuangan Islam, DAP pula memperjuangkan dasar demokrasi republik manakala PKR pula hanya memperjuangkan reformasi yang sebenarnya bermotifkan dendam.

Apa yang lebih membahayakan ialah DAP lebih menonjol ideologinya berbanding dua parti lain. DAP lebih dianggap sebagai master mind jika dibandingkan dengan PKR dan PAS. Masih ingatkah siapa yang memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara? Kenalkah kita dengan Karpal Singh? Seorang peguam merangkap orang kuat dalam DAP. Beliaulah yang banyak membantu Anwar Ibrahim ketika dia dimasukkan ke penjara atas tuduhan rasuah. Anwar Ibrahim banyak terhutang budi dengan DAP.

PAS dan PKR tidak ubah seperti boneka yang dikawal oleh master mind ini. Buktinya ketika Perak dibawah pimpinan PAS, DAP memainkan peranannya sebagai ketua dibalik tadbir dengan mengawal segala keputusan Nizar Jamaluddin selama sebelas bulan pentadbiran PAS. Banyak hak milik negeri jatuh ke tangan kroni-kroni pembangkang terutamanya DAP. Ini telah menimbulkan kemarahan ramai orang awam terutamanya bumiputera atas ketidak seimbangan pentadbiran ini termasuk dari sesetengah penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Kini, tembelang DAP sudah mula semakin jelas kelihatan dengan ketidakseimbangan pentadbiran terhadap penduduk Bumiputera di Pulau Pinang. Semakin banyak suara lantang membantai DAP ekoran kesalahan yang dilakukan. Suatu persoalan yang sedang bermain difikiran kita, adakah DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua seperti mana yang dilakukan oleh PAP ( People action Party)? Apakah nasib bumiputera di Pulau Pinang pada masa akan datang? Inilah yang sedang difikirkan selama ini sejak pentadbiran Pulau Pinang diambil alih oleh DAP. Jika dilihat secara mendalam akan perancangan DAP, mereka berjalan secara menyusur disebalik akar-akar pentadbiran Pakatan Rakyat yang lain. Tanpa kita sedari nanti bahawa sedar atau tak diri kita sudah terbelit dengan helah mereka.

Sebagai orang Islam berbangsa melayu khususnya, terdapat beberapa ancaman yang sedang dirancang oleh DAP untuk menguasai kita semua. Antaranya ialah hak beragama seperti yang terjadi di Singapura sebagaimana yang diseru oleh Lee Kuan Yew agar umat Islam mengurangkan pegangan agama untuk memajukan diri sedangkan untuk umat Islam, agama adalah matlamat utama kita menjana negara. Perkara kedua adalah berkenaan dengan adat Istiadat yang dianggap oleh DAP sebagai penghalang kepada tujuan utama mereka untuk mentadbir. Masih ingatkah kita pada Ngeh Khoo Ham yang sanggup menderhaka Sultan kerana tidak layak dilantik sebagai menteri besar Perak kerana status bangsa (Melayu Islam sahaja yang boleh menjadi menteri besar perak). Perkara ketiga yang akan DAP lakukan ialah cubaan penghapusan kuasa Sultan kerana pada anggapan mereka kuasa pemerintahan hanya layak ditentukan oleh rakyat tanpa ada campur tangan Istana. Perkara-perkara lain ialah pelupusan tulisan jawi di tempat awam dengan alasan tulisan jawi tidak lagi diguna pakai dan merosakkan pemandangan sahaja. Selain itu juga sebarang penggunaan pembesar suara yang dianggap mengganggu orang awam akan dimansuhkan, seperti contoh besar ialah azan waktu solat bagi umat Islam.

Sebagai umat Islam yang masih berpegang teguh pada ajaran suci ini, seharusnya kita pertahankan kedaulatan agama dan bangsa agar tidak dicemari oleh anasir kafir harbi ini. Bersama-samalah kita bersatu padu mempertahankan kesucian Islam di Malaysia. Fikir-fikirkanlan dan renung-renungkanlah. Jangan sampai kita termenung.

artikel seterusnya akan datang :
1. Helah serta taktik DAP yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar rakyat Malaysia.

2. Apakah benar sarang maksiat di Perak (ipoh Barat dan Ipoh Timur) didalangi DAP?
(gambar akan disertakan bersama)

Monday, January 31, 2011

Kenali DAP dari sudut masyarakat Islam di Malaysia

DAP atau nama panjangnya Democratic Action Party merupakan sebuah parti politik yang telah bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Dasarnya ialah memperjuangkan sistem demokrasi secara total serta mengimpikan sebuah kerajaan republikan sesuai dengan ideologi demokrasi sebenar. Antara negara demokrasi yang mengamalkan dasar republikan ialah Indonesia serta Singapura. Matlamat DAP adalah untuk membentuk negara republik seperti mana yang berlaku di Singapura. Namun begitu sistem republik tidak boleh dilaksanakan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu demi menjaga kedaulatan Islam serta institusi raja-raja.

DAP telah menyusun pelbagai rancangan sekiranya Malaysia berjaya dikuasai oleh Pembangkang. Antaranya ialah menghapuskan beberapa perkara yang berkenaan dengan amalan agama islam seperti Azan serta apa jua yang dibaca menggunakan pembesar suara dengan alasan mengganggu ketenteraman awam dan sebarang tulisan Jawi ditempat awam dengan alasan tiada sesiapa yang ingin membacanya. Dari segi adat istiadat raja-raja, DAP beranggapan bahawa dasar republik adalah milik rakyat sertus peratus dan raja-raja tidak terlibat dalam urusan rakyat. Ini akan membuatkan kuasa para Sultan dan raja-raja di negeri akan hilang.

Telah banyak contoh sistem republikan yang sudah pun menghilangkan kuasa raja-raja dinegara lain. Ini membuatkan ideologi republik yang diperjuangkan oleh DAP wajib ditolak oleh umat Islam dan masyarakat melayu khususnya.

Jika kita membaca akhbar baru-baru ini, kita lihat mantan perdana menteri Singapura iaitu Lee Kwan Yew telah menyeru kepada umat Islam supaya melonggarkan pegangan agama Islam oleh masyarakat disana kerana dianggap punca kemerosotan taraf hidup masyarakat Singapura. Apakah kita juga ingin perkara yang sama berlaku apabila DAP menguasai kita nanti?

akan datang: Bahaya DAP keatas umat Islam secara total serta apakah rancangan DAP disebalik pengaruh PAS dan PKR.

Sunday, January 30, 2011

Terima Kasih Pengundi Tenang.

Jutaan terima kasih buat seluruh penduduk Tenang terutamanya para pengundi. Keputusan anda amat dihargai atas kepercayaan terhadap BN untuk memimpin daerah Tenang menuju kejayaan. Jika ada salah dan silap dari pihak BN sepanjang tempoh kempen, harap dapat dimaafkan. Setiap kita tidak mampu lari dari mengikut emosi hingga sedar atau tidak telah melakukan kesalahan. Sekali lagi ucapan terima kasih tak terhingga dari BN.. Semoga Tenang akan tenang semula selepas melalui waktu-waktu panas membara ekoran pertempuran dua parti disana.

Parang Pedang takkan bagi status keputusan undi Tenang

Bukan apa...semua orang akan tau keputusannya nanti...tengok semua channel tv...ada la keputusannya....jom tengok tv.....

Normala mimpi bulan atau datang bulan?

Hari ni normala buat kenyataan bahawa dia bermimpi bulan purnama seolah-olah dia akan menang atau kemenangan itu ditunda ke PR akan datang. Biar betul dia ni sampai termimpi-mimpi akan bulan purnama. Harapnya cik Normala basuh kaki dulu sebelum tidur, maklumlah mimpi bukan semuanya benar. Ada yang datang dari syaitan, ada juga mimpi kartun. Yang mana satu mimpi cik Mala? Tak kisah kalau mimpi bulan purnama, jangan datang bulan masa pilihanraya sudahlah...takut nanti penyokong terghairah.

Bloggers Pakatan Rakyat hilang semangat....

Nampaknya suara-suara angkatan perang pakatan rakyat mengundurkan pasukannya kerana dibantai teruk dengan angkatan perang BN yang bersatu dari segenap negeri. Inilah semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh Tentera BN. Jauh dimata tetapi dekat dihati, rapat dihujung jari. Pembangkang yang telah ketandusan akal untuk menyerang telah cuba pelbagai taktik akan tetapi setiap taktik berjaya dipatahkan oleh angkatan cyber troopers BN yang terdiri dari pelbagai kepakaran. Pendedahan demi pendedahan tentang muslihat keburukan Pembangkang telah melumpuhkan pengkalan Bloger pembang yang selama ini kukuh. Nampaknya Angkatan cyber troopers BN betul-betul bangkit menentang anasir sesat. Semoga kita (cyber troopers BN) akan terus bersatu bukan saja di Tenang, bahkan di setiap kawasan. Gegar ! Gempur !

Rancangan Pembangkang: SMS tangguh proses pengundian

Hari ni kawan-kawan Parang pedang mengadu dapat sms yang disebarkan oleh pembangkang yang tahu akan mengalami kekalahan mengatakan bahawa proses pengundian PRK N. 05 akan dibatalkan kerana banjir. Ini membuatkan mereka yang tiada maklumat terkini membatalkan niat mereka untuk pergi mengundi. Bertapa kotornya taktik mereka kali ini dalam usaha mengurangkan jumlah pengudi BN. Parang pedang nak ingatkan supaya para pengundi jangan terpedaya dengan sms palsu ini kerana Pengundi mempunyai hak untuk memangkah sesiapa sahaja yang dikehendaki. Dan pastinya Parang pedang mengharapkan agar pengundi memilih BN kerana jaminan masa depan akan tetap segar dan cerah. Jadikan Pulau Pinang dan Kelantan sebagai contoh tauladan apabila pembangkang menguasai negeri tersebut. Banyak masalah yang timbul ekoran tersilap memilih pemimpin. Jadi fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah, jangan sampai kita termenung.

Bang Maarof akan main aci nyorok esok di Tenang


Esok merupakan hari yang ceria bagi penduduk Tenang. Apa tidaknya jika esok mereka akan menyaksikan suatu acara tak rasmi yang akan dilakukan oleh Maarof iaitu suami cik Mala 'salam'. Dijangkakan juga cik mala akan memakai kain labuh bagi memudahkan suaminya bersembunyi disebalik kain itu. Antara peserta yang akan menyertai permainan itu ialah pihak media serta spy-spy dari beberapa agensi yang sudah sedia maklum ingin menyiasatnya.

Jadi esok pastikan anda tidak melepaskan peluang menontonnya.

Parang pedang pun nak join boleh tak?

Saturday, January 29, 2011

Persediaan ahli BN di Tenang

Kita semua sudah sedia maklum akan busuk hati Pembangkang terutamanya PAS apabila menjelang pilihanraya. Kisah di Bukit Gantang mengingatkan bertapa jahatnya penyokong PAS ini mencemarkan maruah BN. Sebagai persediaan serangan mereka selepas PRK DUN Tenang, sangatlah digalakkan anda supaya merakam beberapa perkara yang akan disebutkan nanti agar ia bertindak sebagai senjata utama menangkis serangan pembangkang pada masa akan datang.

Antara perkara yang perlu dirakam ialah:

-Suasana kawasan laluan pengundi antara BN dan Pembangkang

-Kerenah dan buruk laku penyokong PAS

-Sorakan Penyokong PAS (perlu jelas dan mudah difahami) memaki hamun.

-Pakaian puteri muslimat PAS yang ketat serta menghairahkan (pernah jadi di Bukit Gantang)

-kelakuan penyokong PAS selepas habis tempoh mengundi. (biasanya mereka akan tunjuk belang waktu itu.

-Setiap serangan fizikal oleh penyokong PAS terhadap petugas BN.


*Bukan mahu memburukkan PAS, tapi itu memang hakikat kejadian mereka. Macam monyet nampak pisang.

Gempar: ayam bersorak secara tiba2.



Inilah yang akan terjadi kalau Cik Mala menang di Tenang.

Sokong PAS bermakna ada menyokong DAP



Buku ini menjelaskan bertapa niat jahat DAP apabila menguasai negara apabila pembangkang menang PRU 13....Awas....Anda mungkin akan menerima nasib seperti Singapura.



Friday, January 28, 2011

Bendera PAS background arak. Tolong Jawab.


PAS, apa cerita sekarang? kata perjuangkan Islam. kenapa bendara korang berlatar belakangkan gambar arak? Jangan bagi alasan itu cuma kebetulan. dimana maruah bendera korang. Terima kasih House PK sebab tonjolkan gambar ni untuk jadi isu.

Kantoi: Suami Cik Mala akan disiasat JPN Johor.

Berita yang diterima mengatakan bahawa laki si Mala akan disiasat oleh JPN Johor berhubung cuti sakit olok-oloknya. Maarof Abd. Mutalib yang juga merupakan seorang guru telah mengambil MC disebuah klinik pada hari penamaan calon isteinya cik Mala. Cuti tersebut menyatakan alasan bahawa encik Maarof tidak hadir disebabkan masalah tekanan jiwa. betul ke tekanan atau cemburu bila isteri berkempen? Siapa tak sayang bini, betul tak? Tapi takkanlah sampai ambil MC dan ikut isteri kesana sini untuk berkempen. Akibatnya, jawablah soalan cepumas dengan pihak JPN. jadi malam ni kenalah mua cipta alasan sebab-sebab ambil MC tu. Lagipun itu tak jadi masalah, ramai pengikut pembangkang yang dah sediakan alasan.

P/s: tulis kat papan hitam "saya janji takkan ponteng sekolah lagi" sebanyak 100 kali.

Thursday, January 27, 2011

PAS menebas kain rentang milik UMNO

Hari ini beberapa aduan polis dibuat oleh UMNO Johor ekoran tindakan beberapa ahli PAS yang didakwa menebas kain rentang yang dipasang. Tindakan yang tidak profesional ini dipercayai sengaja dilakukan oleh PAS atas tujuan menimbulkan kekecohan serta tindakan provokasi.
Jika dilihat keadaan kayu pancang yang dipasang untuk meletakkan kain rentang tersebut nampaknya orang PAS ni macam kebulur sangat nak melahap UMNO. Maklumlah mereka ni orang tak bertamadun, pemikiran pun kolot. Yang mereka tahu cuma jerit macam monyet nampak pisang, terkinja-kinja tanpa ada matlamat jelas dalam perjuangan.
Zaman sekarang orang berjuang dengan suara dan pena sedangkan PAS masih dengan parang dan kapaknya lagi. Sampai bila nak maju kalau dengan cara macam ni. Konon-kononnya jihad la cara macam tu. Parang Pedang nak basuh sikit pada orang PAS ni, Kalau diri sendiri tak boleh sekat nafsu dari pergi ke kedai judi nombor ekor tu maka tak perlu la nak soalkan perjuangan agama. Jangan nanti orang bukan Islam ketawa berguling-guling melihat kebodohan yang dilakukan oleh umat Islam sendiri. Dari apa yang Parang Pedang tahu dari rakan-rakan bukan Islam yang dikenali mengatakan, kebanyakan punca Islam dijauhi adalah kerana sikap Umat Islam itu sendiri. Mengaku sebagai muslim tetapi melakukan maksiat terang-terangan. Bahkan lebih teruk lagi ialah mengaibkan umat Islam lain atas tujuan kepentingan diri sendiri.
P/s: Jangan jadikan Parti anda sebagai kilang pengeluaran fatwa. Takut-takut nanti matlamat menghalalkan cara hinggakan yang haram menjadi halal.

Kecoh: PAS upah orang menyamar Perayu Undi UMNO.

Hari ni Parang Pedang dapat tahu bahawa PAS semakin menelanjangkan diri mereka di Tenang. Dah serupa buat Tiger Show jer diorang ni bila berkempen di sana. Manakan tidaknya kalau corak kempen mereka yang kotor semakin diketahui. Hari ni pendedahan dibuat oleh petugas BN keatas kelakuan jahat PAS yang mengupah ahli mereka untuk menyamar sebagai perayu undi BN di Tenang.

Kebanyakn penyamar tersebut adalah mahasiswa berusia dalam lingkungan 20an'. Mereka dibayar unttuk menemui penduduk Tenang serta menyebarkan fitnah dengan niat agar penduduk percaya keburukan UMNO dari suara ahli UMNO sendiri. Macam ni punya cara, ada hati nak laksanakan hudud? Bukan apa, takut nanti ada banyak tangan kena potong, orang tak bersalah kena sebat dan kepala dipancung disebabkan fitnah mereka ni. Oh ya, lupa pulak....Nizar Jamaludin kata PAS tak ada sebut nak laksanakan hudud dalam pemerintahan PAS nanti....

Pandai juga PAS putar belit. Katanya haram undi UMNO, wajib undi PAS. Kalau DAP dengan UMNO pulak, Wajib Syarie ke untuk sokong DAP?

Tok Janggut Kambing mengembek di Tenang.

Kalau dah gila talak tu apa boleh buat. Tu la yang terjadi pada tan Ah Chong atau Tok Janggut Kambing yang suka mengembek tak berhenti. Tidak puas dengan kekacauan di Perak yang ditimbulkan dia, kini Tenang pula nak dikacaunya. Parang Pedang memang anti dengan sikambing ni sebab banyak dah dosa dia dengan rakyat melayu di Perak. Macam yang selalu Parang Pedang katakan sebelum ni, ibarat menghabiskan harta pusaka mak bapak. Itulah watak Nizar yang sebenarnya jika dilihat secara mendalam.

Baru-baru ni nampaknya dia mengembek lagi (sebelum ni dia suka menyalak) dalam memberikan sokongan kepada kekasih gelapnya. Apa punya dendam la macam ni kalau sampai ke Tenang dia pergi. Macam nak cari bini yang hilang je jauhnya dia berjalan, Macam mana dengan Bukit Gantang dibawah pentadbiran dia? Dah membangun ke atau semakin jatuh?

Sudahlah Mufti Perak dibidasnya, kini dia mengeluarkan fatwa pula dengan meletakkan hukum. Dengan gaya ulama’ (fulamak), dia mengatakan bahawa mengundi UMNO hukumnya ‘haram’ dan wajib mengundi PAS. Dia siapa untuk meletakkan hukum? Si penderhaka yang jelas menyampaikan sembah derhaka kepada Sultan Perak cuba menjadi orang yang mulia. Suara orang macam ni tak patut didengari kerana setiap kata-katanya memecah belahkan ummah. Selagi orang macam ni ada didunia ini maka akan kucar kacirlah umat Islam.

Siapa boleh bagi fatwa, apakah hukumnya seseorang tu memecahbelahkan umat Islam dan memesongkan akidah?

PAS : Parti Angguk Saja


Layakkah lagi dia memimpin Pakatan Rakyat di Selangor?

Wednesday, January 26, 2011

PAS telanjangkan diri sekali lagi di Tenang?.....

Lepas satu demi satu pakaian PAS dilondehkan oleh pihak mereka sendiri. Agaknya mereka suka telanjang sebab boleh merasa 'sejuk semacam' dikhalayak ramai. Kali ini mereka menelanjangkan cawat yang dipakai apabila dakwaan mereka dipatahkan ketika cuba menyerang calon BN Tenang iaitu Saudara Mohd. Azahar Ibrahim dengan tuduhan kononnya beliau menganiaya seseorang sehinggakan tanah miliknya tergadai. Namun begitu cubaan tersebut dipatahkan dengan kenyataan calon BN bersama fakta sekaligus mendedahkan kejahatan rancangan PAS untuk menewaskan lawan.

Menurut saudara Mohd. Azahar Ibrahim, tanah milik lelaki terbabit telah diambil oleh pihak bank dan bukan oleh beliau sendiri. Tambahan pula lebih berpuluh-puluh individu telah berjaya dibantu oleh beliau dari kehilangan tanah milik mereka jika dibandingkan dengan satu kes yang tidak boleh tidak terpaksa juga alah kepada pihak bank disebabkan oleh beberapa faktor yang ditimbulkan oleh individu berkenaan.

nampaknya PAS terperangkap sekali lagi dengan helah kotor mereka untuk menjatuhkan lawan melalui jalan paling keji. satu kes yang mereka timbulkan telah meningkatkan kredibiliti Calon BN yang telah sedia diketahui banyak membantu orang yang memerlukan bantuannya. Hebat juga PAS ni bila tahu saja isu kecil yang dilakukan oleh pihak lawan. Inilah yang kita katakan kuman diseberang jelas kelihatan, gajah didepan mata tak nampak. Macam mana nak memimpin negara kalau macam ni punya bangang?

Ronda-ronda di Medan Gopeng Ipoh.

Hari ni Parang Pedang pergi meronda-ronda keliling Medan Gopeng untuk mencari kudap-kudapan bagi mengalas perut. Habis satu kawasan Medan Gopeng dijelajahi, lagi pun rumah Parang Pedang tidaklah jauh dari Medan Gopeng. Semenjak dulu lagi Parang Pedang lihat pembangunan di Medan Gopeng semakin meningkat.

Kebetulan pula Stesen Bas Ekspres (silveritage) di Ipoh terletak di Medan Gopeng, bukan setakat itu sahaja, Silveritage Galeria terkenal dengan warung-warung dan restoran. Banyak pilihan makanan boleh didapati.

Bila singgah di Medan Gopeng, jangan lupa singgah di Megopleks. Sebuah tempat membeli belah milik bumiputera. Bagi kaum hawa, disini terdapat butik menjual kain dan tudung serta salun kecantikan. Disini juga terdapat pasaraya untuk membeli keperluan dapur serta penjagaan diri. Di Megopleks juga ada medan selera bagi sesiapa yang inginkan makanan pelbagai rasa.



Medan Gopeng kini telah mula dumasuki oleh pelabur serta peniaga yang nampak potensi kawasan Medan Gopeng sebagai lubuk emas pada masa akan datang. Pelbagai syarikat terutamanya restoran makanan segera telah tumbuh bagai cendawan di Medan Gopeng kerana ia menjadi laluan penghubung dari Utara ke Selatan serta Pantai Timur.



Ini adalah Pejabat Y.B Hamidah ( ADUN Sg. Rapat). Jika ada masalah atau aduan, bolehlah berkunjung ke pejabat beliau.

Bukan pilih kasih, tapi gerai nombor 22 di Megopleks ini memang menyajikan hidangan cucur paling sedap di sini. jangan lupa singgah di gerai chot, No. 22, medan selera Megopleks.

Banyak yang perlu anda saksikan di Medan Gopeng ni bila bertandang ke sini. Jadi, singgah-singgahlah ke Medan Gopeng jika anda berkunjung ke Ipoh nanti.

dibuka 24 jam/7 hari seminggu.

Jangan jadikan Tenang sebagai Lubuk Pusar

Setiap Insan tidak boleh lari dari kesalahan walau sekecil mana pun ia tetap akan berlaku. Begitu jugalah dalam sistem pentadbiran Barisan Nasional. Kita memanggilnya sebagai try and error. Akan tetapi ini bukanlah sebab utama BN harus ditolak 100% oleh rakyat. Berbeza pula dengan pembangkang yang sentiasa memberikan kritikan keras dalam setiap perancangan oleh BN.
Kita lihat di beberapa Negeri pimpinan Pembangkang, terlalu banyak kelemahan yang ditonjolkan oleh mereka sedangkan mereka sendiri tidak menyedarinya. Dalam artikel ini Parang Pedang ingin mempersoalkan kepimpinan Pembangkang jika mentadbir Daerah Tenang di Johor. Apakah mampu pembangkang memimpin sebuah kawasan yang telah lama menerima kebaikan dari kerajaan BN? Sudah lupakah semenjak kemenangan Pembangkang di beberapa buah negeri dan daerah, tidak ada satu pun pembangunan dari mereka. Malah pentadibran mereka ibarat menghabiskan harta pusaka sedia ada ketika pentadbiran BN. Begitu juga sistem pentadbiran Kerajaan Negeri yang diguna pakai oleh mereka adalah sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan BN.
Tenang sudah lama berpaut tuah pada kerajaan BN sesuai dengan namanya yang sinonim pada komuniti didalamnya. Apakah kehadiran Pembangkang dalam pentadbiran kawasan tersebut mampu memberikan ketenangan kepada Tenang? Parang Pedang khuatir jika mereka gagal memimpin, maka sudah tentu Tenang akan menjadi lubuk pusar yang menelan penghuni kawasan terbabit.
Kematangan Pembangkang masih belum cukup untuk memimpin sebuah kawasan, apatah lagi sebuah negara sedangkan negeri taklukan mereka masih dalam kemunduran. Kredibiliti pembangkang juga terjejas ekoran hilangnya kepercayaan ramai golongan profesional didalam perti mereka.
Pesanan buat penduduk Tenang, janganlah kerana dendam pada pemimpin lama lalu keseluruhan parti dipersalahkan. Menukar pentadbiran parti bukanlah semudah menukar pakaian kerana tersilap langkah, bahana menanti. Berikanlah cahaya masa depan kepada Tenang demi generasi akan datang kerana kita tidak mewariskan kesejahteraan untuk anak cucu kita, malah kitalah yang meminjamnya dari mereka. Biarkanlah Tenang tetap dengan ketenangannya, jangan jadikan ia lubuk pusar yang merbahaya.

Tuesday, January 25, 2011

Blog Sekupang Dua dicerobohi.....siapa si penceroboh bacul tu?

Parang pedang selalu melawat blog Sekupang Dua untuk meninjau keadaan politik semasa sebabnya Cuma Sekupang dua saja yang banyak maklumat dan link dengan kawan-kawan seperjuangan yang lain. Tapi hairan sebab baru-baru ni bila Parang pedang nak bukak page sekupang dua, akses disekat dari memasuki laman tersebut. Memang rasa geram jugak tak dapat masuk ke sana, terus Parang Pedang hubungi Sekupang Dua untuk mendapatkan penjelasan. Bila diselidik, baru la Parang Pedang tahu bahawa akaun sekupang Dua telah di hack sistemnya sampai sekupang dua sendiri tak boleh akses laman blog beliau. Parang pedang telah mendapatkan nasihat dari kawan baik yang mahir dalam sistem komputer dan kawan Parang Pedang mengatakan bahawa sistem tersebut telah dimasuki oleh seseorang. Apa yang Parang Pedang kesalkan ialah sikap hacker tersebut yang mengamalkan sikap baling batu sembunyi tangan. Apakah salahnya jika berperang dengan cara adil dan saksama. Parang pedang cukup kenal dengan Sekupang dua yang mempunyai semangat tinggi dalam perjuangan politik ini. Satu laman beliau di cerobohi, akan wujud lagi seribu blog sekupang dua. Sia-sia sajalah tindakan bacul yang dilakukan oleh penceroboh tersebut. Lebih baik jika hacker tersebut membina laman blog sendiri dan sama-sama berlawan dengan adil. Parang pedang sendiri lebih suka berlawan secara berdepan dari menikam secara sembunyi. Apa pun yang penting buat Saudara sekupang Dua harap dapat bersabar dengan kerenah orang yang pengecut sebegini. Allah takkan biarkan hambanya teraniaya tanpa sebarang balasan.