Kita semua tahu bahawa penyatuan semua kaum di Malaysia telah dimulakan oleh UMNO melalui kaedah 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun razak. Kaedah yang digunapakai ini telah mula menarik minat rakyat terhadap keprihatinan Barisan Nasional bahawa bertapa perlunya perpaduan semua kaum di Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang mengamalkan sikap saling bertoleransi antara satu sama lain.
Dalam membangukan sesebuah negara, seharusnya kita mengenepikan sikap mementingkan diri sendiri. Seperti apa yang kita lihat pada dasar parti pembangkang, mereka lebih mengutamakan kelompok mereka sendiri tanpa mengira kepentingan kaum lain. Secara jelasnya kita melihat pakatan pembangkang hanyalah sekadar simbolik dalam penyatuan parti mereka seperti yang telah diulas oleh Parang pedang sebelum ini. Dari sudut penyatuan sebenar, mereka tidak mampu membentuk sebuah ikatan parti seperti yang BN lakukan sejak sekian lama sebelum merdeka.
Bercakap mengenai isu perpaduan oleh Pembangkang, Parang Pedang ingin suatu jawapan tentang kemampuan mereka untuk melaksanakannya. Seperti yang BN lakukan, penyatuan dilakukan dengan kerjasama semua parti komponen dengan ikatan bersama oleh parti induk. UMNO, MCA, MIC, PPP serta beberapa parti komponen yang lain duduk semeja atas nama Barisan Nasional. Inilah rahsia yang menjadikan semua kaum saling bertolak ansur tanpa ada bantahan.
Berbanding pula dengan pakatan Rakyat yang berdiri tanpa ada nakhoda yang mentadbir sebuah bahtera Pakatan Rakyat. Apakah kesannya keatas pelbagai parti yang berlayar tanpa pengemudi? Sudah pasti antara parti tersebut saling berebut kuasa dan akhirnya karam. Lihat sajalah contoh yang terjadi semasa dahulu hingga kini. Ketika dahulu Semangat 46 dan PRM (Parti Rakyat Malaysia) merupakan parti yang aktif bersekutu dengan PAS, kini hanya tinggal sejarah. PKR yang pada awal penubuhannya bergabung dengan PAS dan DAP kini telah mula kehilangan kredibilitinya apabila beberapa orang pengikut awal telah meninggalkan parti tersebut. Kita lihat pula PAS dan DAP yang mempunyai dasar yang berbeza dimana PAS memperjuangkan Islam manakala DAP memperjuangkan demokrasi republik hinggakan mereka seringkali bertelagah.
Itulah yang menjadi persoalan mengapakah mereka mengatakan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyatukan semua kaum sedangkan antara parti mereka saling bergolak. Parang Pedang ingin mengajak para pembaca blog memikirkan sejauh manakah kemampuan mereka untuk mencapai suatu prestasi seperti yang sedang dilakukan oleh Barisan Nasional. Apa pun yang mereka laungkan mengenai kemampuan serta janji mereka, terpulanglah kepada anda semua. Kepimpinan yang baik datang dari parti yang profesional dan stabil.
No comments:
Post a Comment