Parang Pedang baru balik dari berjumpa dengan salah seorang ahli UMNO Cawangan yang juga merupakan senior Parang Pedang sendiri. selama satu jam setengah duduk bersama beliau sudah cukup memberikan suatu kesedaran besar terhadap daya pemikiran Parang pedang. Mungkinkah sesetengah ahli UMNO menyertai Parti ini hanya semata-mata untuk mendapatkan projek atau peruntukan? Atau mungkinkah juga atas dasar keikhlasan jiwa? Itulah yang diluahkan oleh sahabat Parang Pedang berkenaan isu mentaliti orang yang menyertai UMNO. Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabat Parang Pedang ini kerana kebanyakan ahli UMNO yang Parang Pedang taja hanyalah semata-mata untuk mendapatkan projek serta kemudahan melalui peruntukan dalam parti sahaja. Tidak adakah sedikit pun keikhlasan dalam jiwa mereka untuk mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air apabila menyertai parti ini?
Kadang kala Parang Pedang merasakan bahawasanya mengambil ahli baru ini seperti membebankan diri Parang Pedang saja kerana terpaksa menanggung tuntutan dari orang sebegini. Masih ingat akan kata-kata Sukarno (bekas Presiden Indonesia) "berikan aku 10 orang pemuda, nescaya aku akan mengangkat dunia". Dimanakah sepuluh orang itu? adakah perlu Parang Pedang mengambil 100 orang yang merosakkan dunia? Memang mendalam terasa diri ini diperlekehkan oleh ahli yang baru masuk UMNO hanya sekadar inginkan kemewahan parti sahaja.
Apa yang Parang Pedang harapkan dari mereka yang mahu menyertai UMNO adalah membetulkan niat asal mereka menyertai parti. Bukan apa, khuatir jika perjalanan diri dalam parti akan menemui kekecewaan bila hajat tak tercapai. jadilah orang yang ikhlas untuk memperjuangkan Agama Bangsa serta Tanah Air. Bukan mengejar projek mahupun peruntukan dari parti. Jangan terlalu selesa makan bersuap, tidur bertilam empuk kerana semua itu hanyalah sementara sahaja.
Perbetulkan mentaliti kita terhadap parti. Seperti yang sahabat Parang pedang katakan kepada diri ini supaya menjadikan diri kita nilai yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit, bukan harga maruah yang boleh dibeli dengan harta dan wang.
No comments:
Post a Comment