Sesuai dengan dasar perjuangan UMNO dalam mempertahankan Agama, Bangsa serta Tanah Air, pada artikel kali ini Parang Pedang ingin menyampaikan nasihat buat anak melayu beragama Islam supaya beringat-ingat akan maruah dan harga diri dari keterlanjuran ekoran terikut-ikut pada budaya sambutan hari valentine. Sayang sekali jika maruah yang ada diserahkan begitu sahaja tanpa ada ikatan sah sebagai suami dan isteri.
Parang Pedang tahu sikap anak bangsa yang suka mencuba sesuatu yang baru hinggakan terleka akan baik buruknya sesuatu perbuatan itu. valentine Day bukanlah datang dari ajaran Baginda rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam, bahkan ia juga tidak pernah diajar oleh Nabi Isa Alaihissalam. Ia datang dari pengikut kristian yang telah sesat dari jalan yang diajarkan.
Amat menyedihkan hati apabila tarikh sambutan Hari Valentine ini bersebelahan dengan tarikh Sambutan Maulidur Rasul dan sudah pastinya bagi siapa yang kurang pegangan agamanya maka sambutan hari Valentine diraiakn lebih meriah berbanding Sambutan Maulidur Rasul.
Hari ini sahaja laporan berita di televisyen menyampaikan maklumat berkenaan operasi cegah maksiat dan beberapa tangkapan dibuat dihotel. Sangat memalukan anak bangsa kerana kelihatan anak gadis bertudung ditangkap khalwat bersama orang bukan Islam. namun begitu Parang Pedang bersyukur kerana rasa keprihatinan timbul dijiwa penjawat awam yang bertugas membuat tangkapan. Lebih baik bertindak sebelum berlakunya perbuatan sumbang yang lebih teruk lagi.
Akhir pesanan dari Parang Pedang, jadikan islam sebagai landasan hidup dan berpegang teguhlah pada islam kerana ia satu-satunya pembimbing ke jalan yang diredhai Allah Subhana Wa Taala. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment