Friday, May 13, 2016

TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…



Kisah PRN Sarawak adalah satu kenangan manis buat Barisan Nasional apabila menang besar dalam setiap kerusi yang dipertandingkan. Ini jelas menunjukkan bahawa DAP tidak mendapat tempat dihati rakyat Sarawak.

Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang pilihanraya berlangsung. Akhirnya Sarawak kekal lagi untuk ditadbir oleh BN. Sudah terbukti bahawa parti BN ini masih relevan bagi mentadbir negara.



Namun begitu, dalam masa perjuangan di Sarawak… kita telah dikejutkan dengan berita sedih ekoran peristiwa helikoptr terhempas melibatkan 2 orang wakil rakyat dari Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kesan daripada itu, dua pilihanraya kecil telah diputuskan untuk berlangsung secara serentak di dua kawasan tersebut.

Perjuangan para jentera barisan nasional masih belum selesai. Kubu BN terutama sekali milik UMNO harus dipertahankan. Waspada dengan permainan parti pembangkang terutama sekali DAP dan rakan sekutunya iaitu Amanah dan PKR.

Keberadaan mereka menguasai dua kawasan ini bakal mngundang kemerosotan pembangunan di dua kawasan tersebut. Sistem tadbir pembangkang yang tidak stabil bakal membuatkan yang hidup susah akan bertambah susah. Lihat sahaja contoh dibeberapa negeri tadbiran pembangkang. Ada segolongan masyarakat susah yang tertindas, khilangan tanah dan rumah, masalah utiliti dalam negeri serta masalah lain lagi.

Bagi membenuk sebuah sistem pentadbiran yang efisyen, kewangan perlu kukuh. Adakah sekadar melaungkan idologi serta manifesto sudah cukup bagi membentuk sebuah kerajaan negeri mahupun pusat? Pilihan bijak ditangan pengundi di terutama sekali di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Buat masyarakat dikedua dua Parlimn ini, salam takziah saya ucapkan. Smoga roh kesemua mangsa nahas hlikopter mendapat rahmat kasih sayang Allah Taala disana.

Al- Fatihah

No comments: