Setiap Insan tidak boleh lari dari kesalahan walau sekecil mana pun ia tetap akan berlaku. Begitu jugalah dalam sistem pentadbiran Barisan Nasional. Kita memanggilnya sebagai try and error. Akan tetapi ini bukanlah sebab utama BN harus ditolak 100% oleh rakyat. Berbeza pula dengan pembangkang yang sentiasa memberikan kritikan keras dalam setiap perancangan oleh BN.
Kita lihat di beberapa Negeri pimpinan Pembangkang, terlalu banyak kelemahan yang ditonjolkan oleh mereka sedangkan mereka sendiri tidak menyedarinya. Dalam artikel ini Parang Pedang ingin mempersoalkan kepimpinan Pembangkang jika mentadbir Daerah Tenang di Johor. Apakah mampu pembangkang memimpin sebuah kawasan yang telah lama menerima kebaikan dari kerajaan BN? Sudah lupakah semenjak kemenangan Pembangkang di beberapa buah negeri dan daerah, tidak ada satu pun pembangunan dari mereka. Malah pentadibran mereka ibarat menghabiskan harta pusaka sedia ada ketika pentadbiran BN. Begitu juga sistem pentadbiran Kerajaan Negeri yang diguna pakai oleh mereka adalah sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan BN.
Tenang sudah lama berpaut tuah pada kerajaan BN sesuai dengan namanya yang sinonim pada komuniti didalamnya. Apakah kehadiran Pembangkang dalam pentadbiran kawasan tersebut mampu memberikan ketenangan kepada Tenang? Parang Pedang khuatir jika mereka gagal memimpin, maka sudah tentu Tenang akan menjadi lubuk pusar yang menelan penghuni kawasan terbabit.
Kematangan Pembangkang masih belum cukup untuk memimpin sebuah kawasan, apatah lagi sebuah negara sedangkan negeri taklukan mereka masih dalam kemunduran. Kredibiliti pembangkang juga terjejas ekoran hilangnya kepercayaan ramai golongan profesional didalam perti mereka.
Pesanan buat penduduk Tenang, janganlah kerana dendam pada pemimpin lama lalu keseluruhan parti dipersalahkan. Menukar pentadbiran parti bukanlah semudah menukar pakaian kerana tersilap langkah, bahana menanti. Berikanlah cahaya masa depan kepada Tenang demi generasi akan datang kerana kita tidak mewariskan kesejahteraan untuk anak cucu kita, malah kitalah yang meminjamnya dari mereka. Biarkanlah Tenang tetap dengan ketenangannya, jangan jadikan ia lubuk pusar yang merbahaya.
No comments:
Post a Comment