Tuesday, January 25, 2011
Bakar Bendera? Ada serupa dari seberang ke?
Kebodohan dan ketololan (goblok) puak pembangkang jelas sekali lagi menunjukkan bahawa mereka tidak bertamadun seperti mana puak-puak dari seberang laut yang mengamalkan dasar membakar bendera sebagai tanda marah terhadap pihak lawan berita lanjut. nampaknya Pembangkang terpaksa menggunakan taktik luar negara yang jelas melampaui batas pemikiran rasional. Sebagai parti yang memperjuangkan keadilan saksama seperti didakwa, Pembangkang seharusnya berkelakuan baik dalam menarik hati pengundi, bukannya dengan cara kekerasan kerana ini akan mengundang kemarahan pengundi sendiri. Apa yang dilakukan oleh pembangkang ibarat menabur pasir ke dalam periuk nasi sendiri dan ini sudah pasti merugikan diri mereka. Para pengundi sepatutnya memilih pemimpin yang melakukan tugas berdasarkan pemikiran yang matang dan menurut akal, bukannya yang menurutkan emosi dan kemarahan semata-mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment