Wednesday, January 26, 2011

Ronda-ronda di Medan Gopeng Ipoh.

Hari ni Parang Pedang pergi meronda-ronda keliling Medan Gopeng untuk mencari kudap-kudapan bagi mengalas perut. Habis satu kawasan Medan Gopeng dijelajahi, lagi pun rumah Parang Pedang tidaklah jauh dari Medan Gopeng. Semenjak dulu lagi Parang Pedang lihat pembangunan di Medan Gopeng semakin meningkat.

Kebetulan pula Stesen Bas Ekspres (silveritage) di Ipoh terletak di Medan Gopeng, bukan setakat itu sahaja, Silveritage Galeria terkenal dengan warung-warung dan restoran. Banyak pilihan makanan boleh didapati.

Bila singgah di Medan Gopeng, jangan lupa singgah di Megopleks. Sebuah tempat membeli belah milik bumiputera. Bagi kaum hawa, disini terdapat butik menjual kain dan tudung serta salun kecantikan. Disini juga terdapat pasaraya untuk membeli keperluan dapur serta penjagaan diri. Di Megopleks juga ada medan selera bagi sesiapa yang inginkan makanan pelbagai rasa.



Medan Gopeng kini telah mula dumasuki oleh pelabur serta peniaga yang nampak potensi kawasan Medan Gopeng sebagai lubuk emas pada masa akan datang. Pelbagai syarikat terutamanya restoran makanan segera telah tumbuh bagai cendawan di Medan Gopeng kerana ia menjadi laluan penghubung dari Utara ke Selatan serta Pantai Timur.



Ini adalah Pejabat Y.B Hamidah ( ADUN Sg. Rapat). Jika ada masalah atau aduan, bolehlah berkunjung ke pejabat beliau.

Bukan pilih kasih, tapi gerai nombor 22 di Megopleks ini memang menyajikan hidangan cucur paling sedap di sini. jangan lupa singgah di gerai chot, No. 22, medan selera Megopleks.

Banyak yang perlu anda saksikan di Medan Gopeng ni bila bertandang ke sini. Jadi, singgah-singgahlah ke Medan Gopeng jika anda berkunjung ke Ipoh nanti.

dibuka 24 jam/7 hari seminggu.

3 comments:

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Terima kasih kerana promote Medan Gopeng dan pejabat YB dato Hamidah, kalau ada masa naikla ke pejabat YB

parang panjang said...

sama2....

Mohammad Hafiz said...

cadangan awal memang nak jadikan megoplex tempat pusat membeli belah untuk bumiputra...tapi x lama chinese control..... Billion, and majoriti semua dah chinese controllll... Apa cer bro? xperlu nak bangga sangat dengan BN.... Janji Dicapati boleh la....