Saturday, September 14, 2013

STESEN BAS KANGAR PERLIS PERLU PENAMBAHBAIKAN.

Aku masuk kali ni dah tiga kali turun ke Perlis. Seperti biasa suasana distesen basnya di Kangar agak kurang memuaskan.

Aku tau negeri Indera Kayangan ni terletak dihujung tanah air kita. Tapi biar la kemajuan dikecapi sama rata. Aku tak tau siapa yang bertangggung jawab dalam soal pembangunan tapak stesen bas

Cuma yang aku harapkan ialah pengubahsuaian kawasan ini supaya menjadi lebih selesa. Bukan sedikit orang yang datang ke sini. Selagi ada Universiti Malaysia Perlis maka selagi itulah Negeri Perlis Indera Kayangan menjadi tumpuan orang ramai dan selagi itulah stesen bas Kangar ini menjadi hentian utama dari pelbagai negeri.

2 comments:

nizam baggero said...

Kerajaan sepatutnya buka mata dengan apa yang terjadi di negeri perlis, tengoklah masa PRU-13 BN tak pernah kalah teruk dan sentiasa MENANG dan apa yang memeranjatkan negeri inilah yang kurang mendapat perhatian dari kerajaan tidak tahu apa sebabnya tapi nampak double standard berbanding negeri2 lain tidak terkecuali kelantan negeri dibawah pentadbiran PAS.mungkin ada baiknya PERLIS pada PRU-14 jatuh ketangan PR alang2 dah mundur jadikanlah terus mundur nak mengaku rakyat negeri Perlis pun tak sangup dan pada kerajaan persekutuan LABURKANLAH LAGI DUIT BANYAK2 PADA PRU-14 UNTUK PENANG DAN ABAIKANLAH PERLIS YE...

Laksamana Parang Pedang said...

Kerajaan perlu ambil tindakan serius untuk memajukan Perlis.