Tuesday, September 10, 2013

DAP MERANCANG PEMBENTUKAN SINGAPURA KEDUA



Artikel ini hak milik : parang pedang blogspot

Serangan pelbagai sudut DAP @ Democratic Action Party dengan alasan suara rakyat bagi menentang UMNO dengan menarik sokongan berbagai parti alternatif sebenarnya terselit agenda tersendiri. Permainan catur yang tersusun dalam profil parti telah menutup pandangan semua pihak tentang rancangan tersembunyi DAP.

Dalam memastikan rancangan kotor DAP ini tercapai, Singapura selaku mentor parti telah menyusun pelbagai strategi untuk membentuk sebuah lagi Singapura seperti mana yang dilakukan oleh PAP @ People Action Party. Hubungan Lee Kuan Yew dengan Lim Kit Siang seperti anak dan ayah yang bekerjasama dan saling memerlukan bagi mencapai matlamat parti.

Akan tetapi DAP sedar bahawa usaha kedua dua parti itu sia sia tanpa penglibatan pelbagai pihak. Dengan demikian , saat bermulanya operasi parti ini adalah ketika kejatuhan Anwar Ibrahim dari arena politik UMNO. Bagai menangguk di air keruh, DAP membentangkan karpet merah kepada Anwar Ibrahim untuk menyertai mereka.

Tatkala melihat kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam arena politik pembangkang, ramai penyokong Anwar bertindak keluar UMNO. Tetapi majoriti mereka enggan menerima parti pembangkang yang sedia ada seperti PAS terutama sekali DAP yang majoritinya bukan melayu. Lalu mereka menubuhkan PKR selaku parti penyokong Anwar Ibrahim. Disinilah bermulanya era kebangkitan DAP.

Bagai permainan boneka, PAS menjadi watak parti Islam dan PKR memegang watak parti untuk kelompok anti UMNO. PSM @ Parti sosialis Malaysia yang sekian lama mahukan fahaman komunisme bertapak di tanah air ini telah memberikan sokongan padu kepada DAP.

Dengan gabungan ideal ini, DAP sudah mampu menjadi dalang atau master mind bagi rancangan seterusnya. Dengan menjadikan isu peribadi sebagai senjata utama. DAP menjadi spark bagi setiap serangan untuk dikembangkan dikalangan parti sekutunya. Apabila rakyat terpengaruh dengan serangan isu peribadi ini, ia memberi kesan kepada seluruh parti komponen BN.

Bertapa bijaknya DAP memainkan isu hingga banyak orang percaya dengan dakyah DAP disebalik bayang parti sekutu yang lain. Kesan ketara dapat dilihat apabila kemenangan yang berpihak kepada parti sekutu DAP menunjukkan seolah olah ia dimenangi oleh DAP. Parti sekutu disekeliling DAP hanyalah boneka untuk memenuhi matlamat DAP iaitu pembentukan Singapura kedua.

Terdapat dua buah negeri yang disasarkan oleh DAP iaitu Perak dan Pulau Pinang. Namun begitu parang pedang bersyukur, Perak bernasib baik apabila sebelum selesai misi DAP dicapai dengan pemberian tanah kerajaan negeri kepada kaum cina, Perak kembali ke pangkuan BN.

Akan tetapi sayang sekali bagi Pulau Pinang terutama sekali disebelah Pulau kerana ia masih dalam pegangan DAP. Ramai orang melayu terusir apabila tanah dirampas dan mereka terpaksa berpindah ke seberang. Begitu juga premis perniagaan melayu yang digugat apabila pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang bertindak merampas segala peralatan, merobohkan gerai dan ada yang disaman kerana berniaga ditepi jalan.

Akhirnya ramai peniaga melayu terpaksa gulung tikar dan merempat ditanah sendiri. Dalam masa yang sama, tawaran memiliki tanah di bahagian Balik Pulau telah dibuka kepada kaum cina diluar. Untuk memiliki semula tanah di Balik Pulau, sangat sukar bagi orang melayu kerana ia terlalu mahal. Maka ramai orang melayu terpaksa berpindah ke luar dari bahagian pulau menuju ke tanah besar.

Pada ketika ini, parang pedang lihat misi DAP telah mencapai jumlah peratusan yang agak tinggi untuk memastikan Pulau Pinang menjadi Singapura kedua. Hanya menunggu beberapa tahun lagi selepas menjelang PRU14 akan datang.

Kesedaran rakyat Malaysia khususnya melayu harus diterapkan tentang rancangan parti DAP dan PAP ini. Jika tidak, Singapura akan meluaskan jajahannya secara terancang tanpa kita sedar. Tidak seperti penjajahan yang dilakukan oleh British terhadap Tanah Melayu satu ketika dahulu, Singapura lebih licik dalam soal penjajahan terancang. Bagi
pembaca semua, anda boleh menilainya. Salam peringatan dari parangpedang.blogspot.com / 10 Oktober 2013 8.30pm

Bersama kita tanamkan sikap patriotisma dalam jiwa. Pulau Pinang milik kita seperti mana negeri lain.

No comments: