Ini bukan auta, ini fakta. Kalau tak betul, aku tak kata. Buktinya apabila Saudara Didi bergerak, saudara Sham turut mengiringi bersama. Ini kerana mereka adalah dua sahabat baik yang mempunyai satu matlamat untuk pembangunan Gopeng serta membantu golongan bumiputera dikawasan Gopeng mencapai kemajuan.
Saudara Shamuddin Tajuddin merupakan nadi pemikir yang terbaik kepada sahabat beliau. Ini terbukti apabila beliau sendiri menajana pergerakan para belia dikawasan beliau sendiri. Kita harus memberikan sokongan padu buat kedua dua calon ini memandangkan penggal lalu kita telah kerugian masa yang berharga.
Waktu yang sepatutnya diisi dengan pelbagai perkara serta projek pembangunan masyarakat telah dicemari dengan insiden pengkhianatan oleh bekas ketua pemuda bahagian Gopeng sendiri. Kita mesti ulangi sejerah kegemilangan Saudara Hang Tuah Din yang sangat adil mentadbir pemuda Gopeng. Jasa beliau yang kita kenang pada hari ini harus dihidipkan semula menerusi tangan pejuang sejati.
Berikan sokongan kepada saudara Didi dan Saudara Shamuddin. Aku tahu tahap kemampuan kedua dua calon pemimpin pemuda bahagian Gopeng ini. Bersama sama kita doakan semoga Gopeng dan pemuda didalamnya terus mencapai kemajuan dan kegemilangan. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment